Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Tahniah buat Fattah dan Siti Nadilah

Imej
Hari sabtu yang lepas saya, Karok, Chuban dan Aifa bergerak ke Manjung, Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan Fattah dan Siti Nadilah. Asalnya rancang pergi dengan Naim, tapi perancangan berubah sebab Naim kena pergi ke MRSM Kubang Pasu pada hari Jumaat untuk melawat adik dia, maka dia akan bergerak terus dari Kedah ke Manjung. Pukul 9.30 saya dah ada di Summit Subang bersama Karok, sempat juga lah sarapan sementara tunggu Chuban dengan Aifa. Jam 10.30 pagi kami bergerak menaiki dua kereta, terus melalui Kelana Jaya - USJ Link ke NKVE seterusnya ke PLUS. Perjalanan di lebuhraya semuanya lancar, kenderaan tak banyak pun. Lebih kurang pukul 12.00 kami sampai ke susur keluar Bidor. Masih ada lebih kurang 100km untuk sampai ke Manjung. Agak risau juga, sebab tak pernah pergi ke Manjung, harap-harap tak sesat lah. Terima kasih kepada Mahirah sebab bagi penunjuk jalan. Lebih kurang 2 jam melalui jalan kampung, melintasi pekan Teluk Intan, akhirnya sampai juga di Manjung. Agak mudah menca

"How to Win Friends & Influence People" by Dale Carnegie

Imej
Buku ni baru sahaja habis dibaca. Memang menarik, buku ni yang pada asalnya adalah nota kuliah bagi Dale Carnegie untuk kursus yang di ajarnya di universiti. Pertama kali diterbitkan pada 1936, sudah melebihi 70tahun buku ini bertahan dan beberapa kali dicetak semula. Buku ini adalah revised edition yang telah diubah sedikit untuk disesuaikan dengan masa oleh Dorothy Carnegie. Tajuk simple, tapi isi sangat padat dengan contoh-contoh menarik terutama dari tokoh-tokoh terkenal. Bidang Dale dalam komunikasi berkesan dan juga hubungan manusia menyebabkan buku ini sangat penting sebagai rujukan pertama ketika itu. Beliau menerangkan betapa pentingnya memahami sifat manusia supaya kita dapat bertindak dengan tepat. Antara point-point penting yang disebut adalah nama . Setiap orang sangat berbangga dengan nama masing-masing. Jika semasa belajar, kita mesti gembira apabila cikgu atau pensyarah mengingati nama kita. Begitu juga orang lain, mereka akan merasa dihargai jika kita mengingati nama m

Handphone baru..bye hp lama

Imej
Beberapa hari ni hp N73 aku tu asik wat hal jer. Mesej tak masuk-masuk, hantar mesej pun 'pending'. Pelik jugak, ingatkan line yang masalahnya. Tukar jap dengan handphone abah, berderu mesej masuk. Selpas di hasut dengan acik, akhirnya petang semalam kitorang terus naik motor merempit ke sungai wang. Sebelum pergi, dah survey dulu kat internet, berkenan kat E63. Still dalam bajet lagi lah. Kat sungai wang, pas keluar duit, pusing lah kat 2nd floor, pas tanya-tanya akhirnya jumpa yang berkenan, nasib ada warna merah :-) Tolak la N73 ME aku tu, aduh beli punya lah mahal, dia amik RM150 jer!! Nak buat macam mana, handphone pun dah teruk kan.Yes ada hp baru. Lepas belanja acik kat Subway, terus balik sebab aku nak kena pergi Pudu pulak, amik my fiance lak. Confirm dia surprise tengok hp baru tu. Hehe Memang terkejut dibuatnya. Kitoang sama-sama minat Blackberry, tak dapat Blackberry, Ala-ala black berry pn ok:-) So hari ni nak pergi klang pula, kenduri Izwan, member masa di Terenda

Satu Permulaan

Salam semua, sudah lama aku nak buat blog sendiri, akhirnya hari ni tergerak juga untuk melusuri blogspot ini. Blog ini hanyalah coretan dan pendapat diri sendiri sebagai perkongsian siber. Moga-moga dapat mencambahkan pengetahuan, melebarkan perhubungan persahabatan.