Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

Pesta Belon Panas Antarabangsa, Putrajaya

Imej
Pesta belon panas yang dilangsungkan setiap tahun kini masuk tahun ketiga dianjurkan Putrajaya. Kali ini, saya berpeluang menyaksikan sendiri belon-belon panas pelbagai bentuk mengisi ruang udara Putrajaya. Pesta yang bermula dari 17 hingga 21 Mac 2011 ini berjaya menarik ramai pengunjung berkumpul di Putrajaya. Saya bersama isteri, ibu mertua dan adik-adik ipar pergi ke Putrajaya yang 10minit sahaja dari rumah kami pada Sabtu petang. Suasana selepas hujan dan kesesakan teruk di tapak pesta menyebabkan kami berhenti di Masjid Sultan Mizan. Dari situ kami berjaya menonton dengan jelas belon-belon panas pelbagai bentuk beserta persembahan paramotors (kenderaan berkipas dan disambung dengan payung terjun). Paramotor membuat persembahan sepanjang belon-belon panas dinaikkan Tibanya waktu Maghrib, kami solat berjemaah di masjid. Apa yang menarik, masjid ini yang mempunyai ruang terbuka memudahkan untuk melihat permandangan dengan jelas. Selepas itu kami bergerak ke Shah Alam untuk ke ICT. J

Selesainya Satu Bahagian

Lama juga saya tak menulis. Yang terakhir masa bulan 12 yang lepas. Biasalah, lepas berkahwin banyak perkara perlu diselesaikan. Pindah ke rumah baru, lama juga ambil masa. Walaupun barangnya tak banyak, tapi saya lebih suka angkat sedikit-sedikit. Alhamdulillah, walaupun hanya menyewa di apartment kecil, semuanya cukup untuk kami berdua. Semalam, hari paling mendebarkan untukku iaitu sesi Viva untuk PhD. Pembentangan dan sesi soal jawab yang berlangsung selama sejam terasa amat menyeksakan. Ingatkan selesai sahaja sesi Viva, kita akan rasa selesa dan tenang, tapi sebaliknya berlaku. Tekanan tak hilang malah semakin bertambah. Masakan tidak, terseksa dengan soalan-soalan menduga emosi:-) Sampaikan nak tidur malam pun tak lena. Walaugabaimanapun semuanya selesai, cuma perlu buat beberapa pembetulan. Diharapkan tiada sebarang masalah selepas ini. Cuma saya rasa agak terkilan sebab tak dapat menjawab dengan baik atau dengan kata lain tidak dapat mempertahankan tesis dengan sebaik mungkin.