Selesainya Satu Bahagian

Lama juga saya tak menulis. Yang terakhir masa bulan 12 yang lepas. Biasalah, lepas berkahwin banyak perkara perlu diselesaikan. Pindah ke rumah baru, lama juga ambil masa. Walaupun barangnya tak banyak, tapi saya lebih suka angkat sedikit-sedikit. Alhamdulillah, walaupun hanya menyewa di apartment kecil, semuanya cukup untuk kami berdua.

Semalam, hari paling mendebarkan untukku iaitu sesi Viva untuk PhD. Pembentangan dan sesi soal jawab yang berlangsung selama sejam terasa amat menyeksakan. Ingatkan selesai sahaja sesi Viva, kita akan rasa selesa dan tenang, tapi sebaliknya berlaku. Tekanan tak hilang malah semakin bertambah. Masakan tidak, terseksa dengan soalan-soalan menduga emosi:-) Sampaikan nak tidur malam pun tak lena.
Walaugabaimanapun semuanya selesai, cuma perlu buat beberapa pembetulan. Diharapkan tiada sebarang masalah selepas ini. Cuma saya rasa agak terkilan sebab tak dapat menjawab dengan baik atau dengan kata lain tidak dapat mempertahankan tesis dengan sebaik mungkin.
Masih banyak perkara yang perlu dipelajari. Banyak lagi ilmu Allah yang luas perlu diterokai. Moga-moga dipermudahkan segalanya.

Terima kasih pada semuaterutama mak, abah, my wife dan adik-adik ku yang sentiasa mendoakan dan memberi semangat kepada saya. Buat Prof Keshav dan Dr. Hasan. Penyelia yang banyak memberi bimbingan. Thanks a lot.
Buat rakan-rakan sekalian, terima kasih atas bantuan anda selama ini terutama rakan-rakan di makmal teori.

Semoga hari ini memberi cahaya untuk masa depan. Apa yang berlaku moga-moga menjadikan ku hamba Allah yang lebih taat dan merendahkan diri.

Alhamdulillah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Review Buku: The 5 am Club - Robin Sharma

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Satu kehidupan baru, sebuah putaran hidup