Pesta Belon Panas Antarabangsa, Putrajaya
Pesta belon panas yang dilangsungkan setiap tahun kini masuk tahun ketiga dianjurkan Putrajaya. Kali ini, saya berpeluang menyaksikan sendiri belon-belon panas pelbagai bentuk mengisi ruang udara Putrajaya. Pesta yang bermula dari 17 hingga 21 Mac 2011 ini berjaya menarik ramai pengunjung berkumpul di Putrajaya. Saya bersama isteri, ibu mertua dan adik-adik ipar pergi ke Putrajaya yang 10minit sahaja dari rumah kami pada Sabtu petang. Suasana selepas hujan dan kesesakan teruk di tapak pesta menyebabkan kami berhenti di Masjid Sultan Mizan. Dari situ kami berjaya menonton dengan jelas belon-belon panas pelbagai bentuk beserta persembahan paramotors (kenderaan berkipas dan disambung dengan payung terjun).
Tibanya waktu Maghrib, kami solat berjemaah di masjid. Apa yang menarik, masjid ini yang mempunyai ruang terbuka memudahkan untuk melihat permandangan dengan jelas.
Selepas itu kami bergerak ke Shah Alam untuk ke ICT. Jika mengikut jadual, jam 8.30 malam akan diadakan pertunjukan bunga api di tapak pesta. Tapi memikirkan untuk ke ICT, kami tak tunggu lah bunga api tersebut.
Jadi, ini antara gambar-gambar yang dapat diambil ketika di Putrajaya.

Sayangnya kami tak sempat melihat belon panas Doraemon. Memang ada, cuma ketika itu sudah malam dan belon tu tak naik-naik lagi.
Ulasan
Catat Ulasan