Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Selamat Datang Bulan Ramadhan

Imej
A lhamdulillah, masih dipanjangkan umurku untuk tiba ke bulan yang penuh barakah, bulan Ramadhan. Bulan yang dijanjikan dengan rahmat keampunan dari yang Esa, hadir sekali lagi untuk mendidik diri kita menjadi hamba Allah yang bertakwa. Lebih kurang 27 tahun sudah ku lalui bulan Ramadhan, tapi tidak diketahui adakah sempurna puasaku? Solatku? Bagaimana pula dengan ibadah lain? Mampukah diri ini bermujahadah melawan amarah yang membakar dalam diri ini? Moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan-Ramadhan yang lalu. Menjalani ibadah puasa bersama keluarga memang kebiasaan untuk tiap-tiap tahun, cuma ketika menuntut di UTM, acapkali berpuasa hampir 3/4 bulan di Johor. Jika bersama keluarga, berbuka beramai-ramai dengan juadah yang dimasak mak atau yang dibeli memenuhi meja makan. Abah dengan kuih lopez dan mertabaknya semestinya menu wajib hampir setiap hari. Kemudian bersama-sama ke masjid menunaikan solat tarawih. Sahur pula, seawal jam 5 pagi mak bangkit menyediakan juadah, se

Malaysia Layak Ke Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia

Imej
Bola sepak Malaysia kembali meriah dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh pasukan negara. Dimulakan dengan kejayaan pasukan Olimpik Bawah 23 tahun negara melayakkan diri ke pusingan akhir kelayakan Olimpik peringkat Asia. Kejayaan menewaskan Pakistan pada pusingan pertama dan kemenangan menewaskan Lubnan di pusingan kedua melayakkan Malaysia berada dalam kelompok 16 pasukan terbaik Asia. Terbaru, pasukan Harimau Malaya berjaya layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 setelah seri dengan aggreget 4 – 4 ketika bertemu Taiwan. Malaysia layak atas jaringan tempat lawan. Banyak yang diperkatakan oleh peminat mengenai prestasi pasukan Malaysia ketika ini. Bagi saya, mereka bermain dengan baik, tetapi beberapa kesilapan dan kealpaan pemain menyebabkan Malaysia berada dalam keadaan tertekan ketika perlawanan timbal balik menentang Taiwan tempoh hari. Kelibat penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali tidak kelihatan akibat kecederaan yang menimpa. Malah, rakan dibahagian s