Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

My new gear - LUMIX DF6

Imej
Assalamualaikum. Lama tidak menulis ni. Almaklumlah, musim kesibukan melampau. Selain kuliah, kena anjurkan program, lagi-lagi program besar macam i-Inova. Alhamdulillah dah selesai. Kini ada dua program lagi tinggal untuk dibereskan. My LUMIX GF6 My new gear? Biasanya kalau kamera ni orang gelarkan gear. Tapi tak pasti kenapa. Kebetulan, masa belikan hadiah untuk cik isteri, terfikir nak cari kamera. Selepas kaji punya kaji, akhirnya terjumpalah kamera ni, LUMIX DF6 mirrorless interchangeable lens. Saya tak berapa minat dengan DSLR, tapi nakkan yang lebih 'advance' dari kamera kompak, jadi mirrorless camera yang menjadi pilihan. Ciri-ciri seperti DSLR walaupun sensornya kecil sedikit berbanding DSLR, tetapi lensa yang digunakan itu boleh ditukar-tukar. Bezanya dengan DSLR, tiada tetingkap untuk menangkap gambar, jadi boleh ditangkap dari skrin LCD sahaja. Sesuai untuk amatur tetapi mahukan lebih kuasa dan kawalan. Mirror inilah yang tiada pada GF6 dan kamera 

Persidangan, berehat, bercuti, kerja dan...

Empat hari persidangan hampir sahaja ke penghujung. Kesejukan Awana Genting Highland ni yang membuatkan rasa macam malasnya nak balik. Tapi rindu la kat dua orang 'gegirl' kat rumah. Pembentangan pun dah selesai petang tadi. Seperti biasa, habis awal dari masa yang ditetapkan. Belum sempat penjaga masa nak tekan loceng, aku berhenti dah. International Meeting Frontier Physics, yang menarik konferen kali ini, ramai pembentang jemputan dari pelbagai negara yang datang berkongsi penyelidikan masing-masing. Walaubagaimanapun tak ramai peserta pembentangan yang hadir. Berbaloi juga duduk 4 hari di sini, selain dapat melegakan kepala dari kerja-kerja yang tak pernah habis di pejabat, sempat juga membaca jurnal-jurnal, sempat juga siapkan paper untuk dihantar. Tapi rasa rugi sebab tak bawa isteri dan anak sekali. Tak apalah, lain kali boleh la bawa jalan-jalan kat sini. Harga hotel di Awana ni memang mahal. Untuk bari biasa, harga lebih dari RM300. Malah penganjur konferen pun hany

Masa Sudah Berlalu

Setahun setengah dah tak tulis apa-apa. Bukan sahaja berhabuk tapi bersawang dah blog ini. Sejak mula kerja di USIM, memang tiada masa untuk menulis. Kerja yang ada pun belum siap, apatah lagi selingan-selingan lain. Lepas ini perlu rajin-rajinkan diri menulis. Lagi-lagi penulisan dalam bahasa Melayu yang dah lama berkarat. Sekurang-kurangnya dapat mencambahkan lagi idea dah gaya bahasa. Apabila terlibat dengan program i-Inova'13 ini, salah satu program anjuran universiti, menjadi Ketua Jawatankuasa Publisiti perlu banyak idea terutama dalam penulisan. Bila nak tulis skrip untuk forum bersama Astro Awani pun terkial-kial dibuatnya. Cukup untuk hari ini, kemudian boleh sambung lagi.