5 Persedian Sebelum Kuliah Bermula
Semester baharu bakal menjelma tidak lama lagi buat pelajar-pelajar universiti. Untuk pelajar baharu, tahniah diucapkan. Simpan sijil SPM, PMR dan UPSR anda kerana setelah masuk ke universiti, semua itu tak dikira. Pelajar-pelajar lama pula pasti mahu memperbaiki prestasi sebelum ini. Jadi ini beberapa tips yang boleh diikut jika anda mahu belajar secara tersusun (smart study) sejak dari awal semester. 1. Sediakan fail Perlu sediakan fail untuk setiap subjek yang anda ambil. Kalau 7 subjek, 7 fail yang anda perlu sediakan. Tak perlu beli yang mahal, fail kertas yang berharga beberapa sen sahaja pun sudah mencukupi. Apa yang nak diisi dalam fail tersebut? Segala nota, tutorial, tugasan dan lain-lain lagi berkaitan subjek anda. Ini memudahkan anda mencari bahan bila diperlukan. 2. Dapatkan buku teks Setiap subjek kebiasaannya akan menetapkan jenis buku yang akan digunakan. Ada pensyarah mewajibkan pelajarnya beli, ada pula yang menggalakkan sahaja. Tidak disangkal, harga buku teks