Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Kerana Apa Kita Bekerja

Kerana apa kita bekerja? Kerana mencari rezeki. Bagaimana mengukur rezeki? Jika diukur dengan wang dan upah. Maka kita bekerja selama kita mendapat upah. Kita bekerja selama mana berada dalam lingkungan skop tugas yang dibayar. Tapi adakah sampai disitu sahaja? Jika buat kerja lebih? Pasti kita merungut. Mahukan elaun, mahukan cuti, atau tidak dipedulikan. Bekerjalah kerana Allah. Pencipta Alam ini. Bekerjalah dengan bertujuan mendapat rezeki Allah yang telah ditetapkan. Bekerjalah, supaya manfaat sampai kepada ummah. Bekerjalah, supaya Ilmu tersebar. Bekerjalah, supaya kerja kita memudahkan orang lain. Bekerjalah, bekerjalah sebaik mungkin. Bersungguhlah, walaupun kita tidak nampak manfaat kepada kita. Selagi mana tidak melanggar syariat. Bekerjalah, walau sekecil mana tugasan, pasti ada manfaatnya. Allah tidak ciptakan sesuatu tanpa manfaat. Berkiralah, berapa banyak kita kurang, berapa lama kita culas, berapa jauh kita leka. Hentikanlah berkira dengan kerja. Selagi mana mampu. Keran

Anak Tanpa Gajet. 6 Cara Mengurangkan dan Menghentikan Ketagihan Anak Terhadap Gajet.

Gajet sudah menjadi sebahagian dari kehidupan generasi sekarang. Semestinya, tanpa gajet terutamanya telefon bimbit pasti meresahkan walaupun hanya sebentar. Kebergantungan dan keterikatan terhadap gajet sangat berkait dengan meningkatnya teknologi seperti internet yang pantas dan meluas, telefon pintar yang pantas, pengisian (content) seperti apps, media sosial, video yang banyak masa kini. Malah bertambah juga medium pembayaran seperti ewallet dan NFC menjadikan kita semakin sukar berenggang dengan gajet. Tetapi bagaimana pula dengan anak-anak kita? Dengan dunia tanpa sempadan kini, peluang anak-anak ini terdedah dengan pelbagai maklumat tanpa kawalan. Apa yang merisaukan, kanak-kanak yang berumur kurang 10 tahun juga dilihat terdedah kepada gajet tanpa kawalan. Malah kita boleh kata yang mereka ini sudah sampai tahap ketagih kerena ketidakmampuan mereka menilai dan mengawal. Jadi sebagai ibubapa, pakcik makcik dan atuk nenek perlu mengawal penggunaan gajet kepada kanak-kanak. Kesa

Family Gateway - Kinrara Resort

Those who stay in Kuala Lumpur and Selangor must heard about Kinrara Resort. Located at Taman Kinrara, Puchong and closed to Bukit Jalil National Stadium, it become a place for family gathering. This is my third time being here but this time, Kinrara Resort provide more excitment especially for our children. Now, it provide a water playground to replace the rounded shape pool. This pool really suitable for family. How about room? Clean, spacious and beautiful. One king bed plus one single bed is more than enough to our small family. Hot water shower to clean up after pool session. Nice carpet to make room beautiful and comfort. Special offer from Booking.com with price RM300 only for two night complete with breakfast. Breakfast as always porvide with local food like nasi lemak, mee goreng, roti canai, bread, cereal, fruit and many more. A glass of cappucino complete my breakfast. Here some picture from a short vacation. Enjoy...

Hilangnya Keilmuan dan Keadaban

Apabila politik menjadi modal, sama ada di kumpulan whatsapp, media sosial atau di kedai mamak, seringkali menjadi perbalahan. Apa yang menyakitkan, perbincangan tidak lagi berasaskan fakta tetapi emosi dan sokongan. Rakyat masih lagi terikat dengan politik kepartian, setia dengan parti walau pemimpinnya gobrok. Tidak bolehkah kita melihat tanpa berada di pihak mana-mana pihak sama ada UMNO, PPBM, PAS atau PKR? Penat melihat jika yang tidak menyokong PH, segala benda yang dibuat kerajaan adalah salah. Kalau penyokong PH pula, apa yang dibuat kerajaan semuanya baik. Penat dan memenatkan. Walhal banyak perkara yang boleh diperbahaskan. Tidak bolehkah kita berusaha untuk mencari jalan terbaik? Kerana akhirnya kita juga yang menerima manfaatnya. Bukan menyalahkan, tetapi menyelesaikan. Supaya ia tidak diburukkan lagi keadaannya. Penat dan memenatkan. Sampai bila politik kepartian dan perkauman ini berterusan? Mungkinkah kita sampai masanya nanti, memilih pemimpin bukan lagi dilihat ke