Kerana Apa Kita Bekerja

Kerana apa kita bekerja?

Kerana mencari rezeki.

Bagaimana mengukur rezeki?
Jika diukur dengan wang dan upah. Maka kita bekerja selama kita mendapat upah. Kita bekerja selama mana berada dalam lingkungan skop tugas yang dibayar.

Tapi adakah sampai disitu sahaja?

Jika buat kerja lebih? Pasti kita merungut.
Mahukan elaun, mahukan cuti, atau tidak dipedulikan.

Bekerjalah kerana Allah. Pencipta Alam ini.
Bekerjalah dengan bertujuan mendapat rezeki Allah yang telah ditetapkan.
Bekerjalah, supaya manfaat sampai kepada ummah.
Bekerjalah, supaya Ilmu tersebar.
Bekerjalah, supaya kerja kita memudahkan orang lain.
Bekerjalah, bekerjalah sebaik mungkin.
Bersungguhlah, walaupun kita tidak nampak manfaat kepada kita. Selagi mana tidak melanggar syariat.
Bekerjalah, walau sekecil mana tugasan, pasti ada manfaatnya. Allah tidak ciptakan sesuatu tanpa manfaat.
Berkiralah, berapa banyak kita kurang, berapa lama kita culas, berapa jauh kita leka.
Hentikanlah berkira dengan kerja. Selagi mana mampu. Kerana Allah sebaik-baik tempat mengadu.

Peringatan kepada diri sendirinyang selalu hilang motivasi, berpaksi kepada diri sendiri sampai lupa apa yang dicari. Untuk yang hakiki.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Review Buku: The 5 am Club - Robin Sharma

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Satu kehidupan baru, sebuah putaran hidup