Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

Review Buku: The 5 am Club - Robin Sharma

Imej
Robin Sharma, penulis prolifik yang dikenali melalui buku Th Monk Who Sold His Ferrari, kali ini menumpukan berkenaan BANGUN AWAL PAGI. Jika anda pernah membaca hasil penulisan Robin Sharma, pasti sudah terbiasa dengan gaya penulisan beliau. Menggunakan watak dalam cerita rekaan untuk menceritakan prinsip dan konsep 5am Club, membuatkan pembaca terbuai mengikuti cerita dan tip yang dikongsikan. Apa yang menariknya 5am Club?            Penekanan diberikan berkenaan bagaimana orang hebat memulakan hari mereka dengan bangun              pagi seawal jam 5.  Apa nak buat bila dah bangun pukul 5 pagi?               Beliau memperkenalkan konsep 20/20/20, iaitu 20 minit senaman, 20 minit meditasi dan 20 minit           untuk belajar benda yang boleh meningkatkan diri atau membuat perancangan harian.      Penulis menerusi watak Mr Riley cuba menanam atau set semula minda dua anak murid beliau untuk melihat usaha bangun awal pagi ini akan memberi banyak manfaat.      Sebagai orang Islam, kita su

Antara Lupa dan Percaya

Ketika bersedih, kita sering teringatkan yang Esa. Ketika resah, kita mohon ketenangan dan rahmat-Nya. Bila gelisah, istighfar dan zikir membasahi tutur kata. Namun manusia selalu lupa. Bila diangkatkan keresahan, datangnya ketenangan, hilang zikir kita. Makin laju solat kita. Tiada lagi doa penutup solatnya. Itulah manusia yang sering alpa. Kurang syukur, lebihnya bertutur. Komen sana dan sini.  Ya Allah. Ampunkan dosa kami. Terlalu banyak kesilapan yang kami lakukan. Ya Rahman Ya Rahim, kami selalu leka dan lalai. Ketika engkau berikan Rahmat, kami lupa untuk bersyukur. Bila rasanya tenang dan senang, semakin kurang kami bersujud. Ampunkan kami. Tempatkan kami dikalangan orang yang beriman.