Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2022

Najib ke Penjara

Menjadi berita penting di bulan kemerdekaan 2022, apabila Perdana Menteri Malaysia ke 6, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak dikekalkan sabitan kes SRC di Mahkamah Persekutuan dengan hukuman penjara 12 tahun.      Pelbagai reaksi dilihat di media sosial sama ada yang bersetuju, sedih, menghina dan pelbagai lagi. Diri saya sendiri, lega dengan tamatnya satu siri rasuah terbesar negara yang telah berlarutan hampir 4 tahun. Walaupun masih ada lagi kes yang sedang dibicarakan seperti kes 1MDB, sekurang-kurangnya satu kes telah selesai.      Apapun, kita perlu hentikan dari mengelakkan, menghina dan mencerca Dato' Sri Najib. Beliau telah pun menjalani hukuman penjara. Cukuplah kita menjadi iktibar serta harapannya menjadi amaran buat semua sama ada ahli politik, pegawai kerajaan, pekerja swasta dan juga semua masyarakat.      Melihat kembali perjalanan Dato' Sri, banyak sumbangan beliau. Sengaja saya tulis di sini untuk mengingati kebaikan yang mana secara langsung memberi kesan

Merenung Kesilapan Sendiri

Amarah. Nafsu amarah. Seringkali kita diingatkan sebagai manusia untuk bersabar dan mengawal kemarahan. Tapi sekali lagi aku tewas. Ya, marah ku beralasan. Marah ku juga kerana mendidik. Tapi itu hanya pujukan dalam diri. Ia kekal menjadi kesilapan. Dan kekal dalam diri anak-anaka. Menjadi luka yang tidak dilihat. Perit yang tidak ternampak. Sakit yang tiadaa penghujung. Aku malu. Aku sedih. Aku kecewa. Dalam usaha aku mengawal diri, sekali lagi aku tergelincir.  Pabila tenang, baru ku nampak cahaya. Ada cara yang lebih baik. Isunya kecil, tapi impaknya besar. Ya, anak ku mengecewakan ibunya. Membuat ibunya menangis. Dalam hati, ya aku perlu ajar anak ku. Tapi aku silap. Sekali lagi aku dirasuk amarah.  Apakah tiada jalan lain? Takkan nak biar je? Ya. Semestinya ada cara lain. Ini peluang. Peluang mendidik anak. Peluang memberi makna. Peluang menunjukkan kepada anak, ibu mu itu lembut hatinya. Menunjukkan yang anak lelaki, perlu lindungi ibunya. Melihat si ibu dari mata hati. Menjaga h