Merenung Kesilapan Sendiri
Amarah. Nafsu amarah. Seringkali kita diingatkan sebagai manusia untuk bersabar dan mengawal kemarahan. Tapi sekali lagi aku tewas. Ya, marah ku beralasan. Marah ku juga kerana mendidik. Tapi itu hanya pujukan dalam diri. Ia kekal menjadi kesilapan. Dan kekal dalam diri anak-anaka. Menjadi luka yang tidak dilihat. Perit yang tidak ternampak. Sakit yang tiadaa penghujung. Aku malu. Aku sedih. Aku kecewa. Dalam usaha aku mengawal diri, sekali lagi aku tergelincir.
Pabila tenang, baru ku nampak cahaya. Ada cara yang lebih baik. Isunya kecil, tapi impaknya besar. Ya, anak ku mengecewakan ibunya. Membuat ibunya menangis. Dalam hati, ya aku perlu ajar anak ku. Tapi aku silap. Sekali lagi aku dirasuk amarah.
Apakah tiada jalan lain? Takkan nak biar je?
Ya. Semestinya ada cara lain. Ini peluang. Peluang mendidik anak. Peluang memberi makna. Peluang menunjukkan kepada anak, ibu mu itu lembut hatinya. Menunjukkan yang anak lelaki, perlu lindungi ibunya. Melihat si ibu dari mata hati. Menjaga hati ibu.
Malangnya, aku pula terbabas. Melepaskan peluang keemasan untuk mendidik. Merosakkan emosi anak-anak. Sedih dan kecewa aku lebih besar terhadap ku berbanding terhadap anak ku. Aku sang dewasa, ada pilihan untuk bertindak.
Jika dilihat isunya kecil. Tapi sang ibu, lembut hatinya. Dalam kepenatan, pengorbanannya tidak dihargai. Ya, aku semestinya jangan meremehkan isu itu. Jangan sesekali meremahkan emosi sang ibu. Tapi, aku sang suami, sang bapa, perlu menjadimorang tengah. Tenang tetapi tegas. Tegas tetapi hikmah. Peluang untuk melembutkan hati kedua-dua kesayangan ku.
Bukan marah yang patut menjadi pilihan. Jangan juga meremehkan emosi sang ibu. Tetapi hikmah. Ambil peluang untuk bertanya sang anak. Sang anak masih terpinga-pinga. Sangkanya dia hanya menyatakan ketidak setujuannya. Menekankan keinginannya. Tapi caranya seperti mengabaikan perngorbanan sang ibu.
Aku perlu masuk. Masuk ke dalam hati sang ibu untuk menenangkannya. Masuk ke lubuk hati anak, menyatakan ada perkara yang perlu dilihat selain luaran. Anak lelaki pelindung sang ibu. Fahami dan layani ibu mu. Lihatlah ibu mu kecewa. Pelukkan lah ibu mu itu. Mohon lah maaf. Memang benar, sang anak masih penesaran. Tidak mengetahui apa silapnya.
Akhirnya aku yang melakukan kesilapan. Aku juga manusia biasa, tapi kemarahan ku yang meletup bak gunung berapi. Letusannya meledah pantas tapi cepat sejuknya. Malang, sekeliling masih menerima kesan kepanasan larva. Tidaklah ku mampu lagi. Tapi aku berserah kepada yang Esa. Hamba mu ini lemah. Bantulah aku ya Tuhan. Lemahnya aku mengawal kemarahan. Ya Allah, lembutkan hati isteri dan anak-anak ku. Jadikan lah mereka orang-orang yang beriman. Masukkan lah mereka dalam syurga mu.
Jadikanlah anak-anak ku hambamu yang soleh dan solehah. Menjadi pemimpin yang adil lagi bijaksana. Kabulkan permintaan ku... Aminnn
#luahansangbapa
Ulasan
Catat Ulasan