Cabaran Piala Dunia - Kenapa perlawanan Malaysia Kyrgyzstan penting.
Malaysia memulakan pertandingan Kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia dengan langkah kanan apabila bangkit memenangi perlawanan menentang Kyrgyzstan 4 - 3 setelah ketinggalan 1 - 3 pada awal perlawanan. Apa itu Kelayakan Piala Asia 2027 dan Piala Dunia 26. Mungkin ramai yang keliru, tetapi format yang kali kedua digunakan ini menyekalikan kelayakan Piala Dunia dengan Kelayakan ke Piala Asia. Format ini kali kedua dijalankan (kalau tidak silap penulis). Format Kelayakan Pialan Dunia 26 Pusingan 1. Melibatkan 20 pasukan ranking terendah yang akan bertanding secara playoff (pertandingan kalah mati). Dua perlawanan timbal balik di tempat sendiri dan tempat lawan. 10 pasukan yang menang dari perlawanan tersebut akan layak ke pusingan kedua meyertai 26 pasukan lagi yang telah layak secara automatik. Pusingan 2. 26 pasukan yang telah layak beserta 10 pasukan yang menang dalam perlawanan playoff pusingan 1 akan dibahagikan kepada 9 kumpulan. Kali ini, Malaysia termasuk dalam pasukan yang layak