Cabaran Piala Dunia - Kenapa perlawanan Malaysia Kyrgyzstan penting.
Malaysia memulakan pertandingan Kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia dengan langkah kanan apabila bangkit memenangi perlawanan menentang Kyrgyzstan 4 - 3 setelah ketinggalan 1 - 3 pada awal perlawanan.
Apa itu Kelayakan Piala Asia 2027 dan Piala Dunia 26.
Mungkin ramai yang keliru, tetapi format yang kali kedua digunakan ini menyekalikan kelayakan Piala Dunia dengan Kelayakan ke Piala Asia. Format ini kali kedua dijalankan (kalau tidak silap penulis).
Format Kelayakan Pialan Dunia 26
Pusingan 1.
Melibatkan 20 pasukan ranking terendah yang akan bertanding secara playoff (pertandingan kalah mati). Dua perlawanan timbal balik di tempat sendiri dan tempat lawan. 10 pasukan yang menang dari perlawanan tersebut akan layak ke pusingan kedua meyertai 26 pasukan lagi yang telah layak secara automatik.
Pusingan 2.
26 pasukan yang telah layak beserta 10 pasukan yang menang dalam perlawanan playoff pusingan 1 akan dibahagikan kepada 9 kumpulan. Kali ini, Malaysia termasuk dalam pasukan yang layak secara automatik. Selain Malaysia Vietnam, Thailand dan Filipina adalah antara negara dari asia Tenggara yang layak secara automatik. Singapura dan Indonesia pulak layak setelah menang playoff.
Juara dan Naib Juara setiap kumpulan (9 kumpulan) akan layak ke Pusingan 3, iaitu Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia. Maka 18 pasukan ini juga telah layak secara automatik ke Piala Asia.
Pusingan 3
18 pasukan dibahagikan kepada 3 kumpulan (6 pasukan per kumpulan) bertanding timbal balik. Juara dan Naib Juara setiap kumpulan (6 Pasukan) akan layak secara automatik ke Piala Dunia.
Pusingan 4
Pasukan dari Pusingan ke 3 yang menduduki tempat ketiga dan keempat (6 pasukan) akan bertanding untuk mendapat slot playoff. 6 pasukan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. Juara setiap kumpulan akan layak ke Piala Dunia.
Pusingan 5
Naib juara akan bertanding sesama sendiri. Pemenang akan layak ke Play-Off FIFA Tournament. Akan bertanding dengan wakil benua lain.
Kelayakan Piala Asia..
Kelayakan Piala Asia agak rumit formatnya. Yang pasti, pasukan yang masuk ke pusingan 3 iaitu sebanyak 18 pasukan akan layak secara automatik ke Piala Asia.
Baki 6 slot lagi direbut melalui beberapa pusingan (termasuk pusingan play-off melibatkan pasukan dari pusingan pertama yang tidak layak).
Malaysia...
Malaysia telah pun layak ke pusingan kedua secara automatik. Ditempatkan dalam kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan dan Taiwan, mengikut atas kertas, Malaysia berada di kedudukan ketiga. Oman sebagai pasukan dengan ranking tertinggi (72) dilihat pasukan yang paling sukar untuk ditandingi. Manakala Taiwan, dilihat pasukan yang mana Malaysia mempunyai peluang terbaik untuk mengutip 6 mata.
Melihat kepada situasi ini, kemenangan terhadap Kyrgyzstan sangat penting untuk meletakkan Malaysia dalam kedudukan terbaik di kelompak dua teratas kumpulan.
Melihat kekuatan Oman, agak sukar Malaysia untuk menewaskan pasukan yang hanya tewas 1-0 dengan Jerman, malah menang ke atas Arab Saudi dan Belarus. Dapat dilihat kekuatan Oman agak sukar untuk ditempuhi semua pasukan dari Kumpulan D.
Simulasi Atas Kertas.
Berdasarkan kemenangan 4 - 3 Malaysia dengan Kyrg dan kemenangan Oman terhadap Taiwan. Malaysia dan Oman sedang mendahului kumpulan D.
Mengambil kira simulasi jika Malaysia menang kedua-dua perlawanan menentang Taiwan, dan tewas kedua-dua perlawanan menentang Oman, Malaysia mengumpul 9 mata.
Oman pula dengan anggapan menang kesemua perlawanan, mengumpul 18 mata mengungguli kumpulan.
Manakala Kyrgyzstan pula menang kedua-dua perlawanan dengan Taiwan akan mengumpul 6 mata.
Oleh itu, perlawanan terakhir Kyrgyzstan - Malaysia bakal menjadi penentu dengan Malaysia hanya memerlukan seri untuk lepas ke kelayakan terakhir Piala Dunia.
Jika Malaysia dapat mencuri mata ketika bertemu Oman sekurang-kurangnya seri 1 perlawanan, dan Malaysia masih menang kedua-dua perlawanan dengan Taiwan, dan Oman menang menang baki kesemua perlawanan, maka Oman dan Malaysia akan layak ke pusingan seterusnya tanpa perlu melihat perlawanan terakhir Kyrg-Malaysia.
Perkara yang perlu dielakkan, semestinya kehilangan mata ketika bertemu Taiwan. Seri apatah lagi kalah akan menyukarkan kembali peluang Malaysia. Walau pun di atas kertas, Malaysia dijangka tidak menghadapi sebarang masalah, Taiwan pula agak kental ditempat sendiri.
Selain itu, perlawanan Kyrgyzstan dengan Oman juga penting. Kedudukan kumpulan akan menjadi lebih sengit dan rumit jika Kyrgyzstan seri atau menang terhadap Oman.
Apa sekali, jom sokong Harimau Malaya. Pastikan Harimau Malaya berjaya membawa pulang 3 mata penuh dari Taipei.
Ulasan
Catat Ulasan