Tibanya Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, hari ini sudah selesai 1 hari berpuasa. Ramai umat Islam gembira dengan tibanya bulan Ramadhan. Ada yang gembira sebab mereka boleh berniaga dan untung besar di bazar-bazar Ramadhan. Ada pula seronok membeli juadah-juadah makanan untuk berbuka yang mengecur air liur bila melihatnya. Ramai juga yang berbuka di hotel-hotel dengan kepelbagaian makanan yang boleh dipilih tanpa had, pasti ramai yang tergoda. Lagipun banyak tawaran bufet Ramadhan disekitar Kuala Lumpur ini.
Tapi jangan pula lupa bahawa puasa itu adalah bulan di mana kita mendidik jiwa, nafsu dan iman kita untuk tunduk kepada yang Esa. Caranya dengan mengingati Allah, menahan bukan sahaja dengan perkara yang membatalkan puasa, malah dengan perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa kita.



Melihat betapa terujanya umat islam ketika tiba waktu petang untuk membeli juadah berbuka, tetapi sayangnya ianya terbalik ketika di tempat kerja. LESU, LAYU, LENA dan LEMAH. Amat dikesalkan perkara ini berlaku dikala umat islam menjalankan ibadah, tetapi tugas kita sepatutnya juga sebagai ibadah dan perlu dijalankan sebaiknya. Janganlah sampai majikan kita terutama yang bukan islam melihat kita sebegitu kerana akan wujud persepsi yang orang islam jika berpuasa akan hilang keberkesanannya dalam kerja. Bukan sahaja imej diri tercemar, imej islam juga mendapat kesan dek kelalaian kita. Terdapat satu cerita yang berlaku di Tunisia, anda bole rujuk pada laman web Saifulislam.com, http://saifulislam.com/?p=6537 .

Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan diterima Allah, serta amal ibadat kita yang dijalankan di bulan Ramadhan dapat diteruskan di bulan-bulan seterusnya. Wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Review Buku: The 5 am Club - Robin Sharma

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Satu kehidupan baru, sebuah putaran hidup