Anything about Life. Try your best, be the best and all the best.
Sila isi minyak di Genting Sempah.
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Ni papan tanda yang saya jumpa di stesen minyak Petronas Genting Sempah masa pulang dari beraya di Pahang. Pertama kali jumpa, sebelum ini tiada pun. Masa nak masuk dalam kereta baru perasan, terus 'snap' gambar ini.
Jadi lepas ini selalulah isi minyak di Genting Sempah. Lebih jimat. Itu pun kalau tak di kira tol dan jarak perjalanan. Walau apa pun, iklan yang menarik..hehe
Robin Sharma, penulis prolifik yang dikenali melalui buku Th Monk Who Sold His Ferrari, kali ini menumpukan berkenaan BANGUN AWAL PAGI. Jika anda pernah membaca hasil penulisan Robin Sharma, pasti sudah terbiasa dengan gaya penulisan beliau. Menggunakan watak dalam cerita rekaan untuk menceritakan prinsip dan konsep 5am Club, membuatkan pembaca terbuai mengikuti cerita dan tip yang dikongsikan. Apa yang menariknya 5am Club? Penekanan diberikan berkenaan bagaimana orang hebat memulakan hari mereka dengan bangun pagi seawal jam 5. Apa nak buat bila dah bangun pukul 5 pagi? Beliau memperkenalkan konsep 20/20/20, iaitu 20 minit senaman, 20 minit meditasi dan 20 minit untuk belajar benda yang boleh meningkatkan diri atau membuat perancangan harian. Penulis menerusi watak ...
Lama juga saya tak menulis, disebabkan kesibukan untuk persediaan pembentangan di seminar tidak lama lagi. Kali ini, saya ingin menulis tentang perjalanan kami ke Batu Pahat, Johor. Dari Kuala Lumpur menyusuri PLUS memang cepat. Lebih kurang 3 jam sahaja sudah sampai. Jadi saya, Naim dan Shimi bergerak dari Ampang jam 11.00 pagi menaiki kereta Naim. Kemudian singgah ke Bangi mengambil Zhafran. Maka kami meneruskan perjalanan. Oh ya, tujuannya adalah menghadiri kenduri kahwin kawan sekolah kami dahulu di MRSM, Saudara Taufiq atau biasa dipanggil Maula. Perjalanan di lebuh raya hanya sampai di susur keluar Tangkak, kawan kami Najib menunggu di Muar untuk bergerak sekali ke kenduri. Kami tiba di Sungai Abong Muar jam 1.00 petang. Disebabkan Zohor pun dah masuk, kami singgah lah solat berjemaah di Masjid. Al-kisahnya, selesai solat, kasut saya sudah tiada. Emm tak terkata dibuatnya sebabkan baru dua kali memakainya. Memang ada rasa tidak sedap hati semasa awal-awal lagi, jadi dialihkan kas...
Ahad lepas, saya dengan tunang saya mencuba sarapan di sebuah gerai di Seri Petaling. Dekat-dekat dengan Bukit Jalil tu. Hari tu nak hantar tunang saya ke Pudu sebab dia nak balik Perak dah, jadi kami pun sarapan lah dulu. Hari sebelum tu saya dah pergi sorang-soarang lah, tapi ramai Ya Rabbi, dah la hujan, so kerusi meja yang diluar tak boleh pakai lah. ~ Orang ramai sedang memilih lauk nasi lemak~ Em yang best, ada nasi lemak pelbagai lauk, sedap jugak terutama sambal dia, manis-manis pedas. Roti canai pun ada, kuih muih dan lontong. Kawasan dia kecil sahaja tapi ramai orang dari pelbagai kaum, mahal jemaah tabligh pun ramai (kebetulan dekat dengan masjid pusat tabligh). Kalau mahu cuba, boleh lah pergi ke Sri Petaling, berhadapan dengan Hotel Sri Petaling. Siapa yang tahu Carefour berdekatan stadium Bukit Jalil tu, kena masuk dalam sikit lah. Dekat dengan lebuhraya Kesas. ~ Nasi lemak lauk ayam merah (saya punya). ~Nasi Lemak lauk sambal kerang ~Sedap betul makan sampai comot-comot ...
terpelajar gak tokey minyak ni!
BalasPadam