Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Di penghujung 2010. Cabaran Baru Menanti

Imej
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur untuk tiba ke 2011. Mengimbau kembali liku-liku 2010, banyak peristiwa manis yang berlaku. Yang terbaru dan terutama, saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan. Syukur sangat-sangat kerana dipermudahkan segalanya. Sebelum itu, selesai menghantar tesis PhD sebulan sebelum majlis perkahwinan. Cuma ada satu pembentangan perlu dilakukan, nasib juga sempat selesai 3 hari sebelum akad nikah:-) Tahun ini, masa banyak dihabiskan dengan menyiapkan tesis. Memang letih teramat sangat, mengarang bukanlah bidang yang saya minat apatah lagi dalam bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun segalanya selesai, walaupun rasa nak perbetulkan lagi, tapi cukuplah rasanya. Moga pemeriksa dilembutkan hati mereka menanda dan memberi komen. Sekarang, perlu menunggu masa untuk Viva sahaja. InsyaAllah segalanya akan selesai dengan jayanya. Buat mak dan abah, terima kasih banyak-banyak kerana memahami anakmu ini. Sentiasa memberi s

Berjalan ke Bandung - Part 2 : ITB

Imej
Pagi ini terasa sangat menyegarkan. Subuh tersangat awal dari kebiasaan menyebabkan tidur disambung kembali selepas solat. Bandung, sebuah kota yang sibuk, tetapi agak tenang dibandingkan dengan Kota Jakarta. Suhunya yang rendah dan udaranya yang sejuk dan bersih sangat menyegarkan. Hotel cafe yang terletak sama aras dengan bilik kami hanya dibuka jam 7.30 pagi. Sayangnya tiada bufet, cuma "ala carte" sahaja. Seperti biasa, sarapan di hotel mestilah dengan bijiran-) Cafe di Geulis hotel ini mendapat pengiktirafan halal penguatkuasa agama Islam di Indonesia. Jadi saya tidak lah perlu risau mengenai makanan. Sarapan ada daging, sosej, nasi goreng dan hidangan dibahagi kepada hidangan tempatan atau "western". Cafe hotel dari pandangan luar. Kami bergerak ke Institut Teknologi Bandung (ITB) yang terletak berhampiran dengan hotel kami. Hanya perlu berjalan 10minit sahaja. Setibanya kami di ITB, padanya kami masih tidak yakin adakah benar ini adalah ITB? Setelah ditanya p

Menanti detik 3 hari

Imej
Tinggal 3 hari lagi sebelum bergelar seorang suami. Risau? Tidak juga, hari ini terasa sangat lega. Baru sahaja selesai pembentangan bagi melengkapkan syarat PhD petang tadi. Alhamdulillah, lepas ini hanya perlu tunggu laporan dari pemeriksa dan juga Viva. Pembentangan tadi juga berjalan lancar dengan penuh keyakinan..hehe Beberapa bulan ini sangat sibuk dengan urusan menyiapkan tesis. Biasalah, walaupun sudah dibuat awal, tapi "last minute" pasti banyak perkara yang perlu ditambah tolak. Kesian pada mak dan abah sebab banyak urusan perkahwinan yang mereka selesaikan. Abah berulang-alik dari melaka-KL hampir tiap-tiap hari semata-mata untuk menyelesaikan pelbagai persiapan perkahwinan. Alhamdulillah, semua sudah selesai. Walaupun tinggal 3 hari je, tak banyak perkara yang perlu dilakukan, cuba pastikan semua berjalan lancar. Terima kasih mak dan abah. Perancangannya, saya akan bergerak jumaat ini, yang lain bergerak sabtu. Alhamdulillah, sedara ramai juga yang mengiring. Hara