Mencipta Keluarga Bahagia
Keluarga bahagia. Ramai yang mendambakannya. Ramai juga yang mengalah. Beberapa nasihat dari orang alim dan orang-orang tua yang boleh kita amalkan. Insyaallah boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan juga anak-anak.
1. Makan bersama
Makan bersama sama ada sarapan, makan tengah hari atau malam sangat penting dalam kita mendapat kebersamaan dengan keluarga.
Lagi bagus makan bersama dalam talam. Mungkin ada yang canggung, tapi bila makan dalam talam dengan anak-anak dan isteri memang seronok. Suap menyuap, ayah suap ke mak dan anak-anak. Mak pula suap ke ayah, comel je. Kita pula sebagai suami dan bapa tolong bahagikan makanan, sambil-sambil 'curi' dari ruang orang lain. Insyaallah boleh mengeratkan suasana keluarga, wujudkan keseronokan dan kebersamaan, serta melembutkan hati.
2. Solat Berjemaah
Ni selalu dipesan oleh tok tok guru, buat para suami untuk bersolat jemaah bersama keluarga. Kalau biasa melazimi solat jemaah di masjid, boleh bawa bersama ahli keluarga ke masjid. Ini satu lagi cara melembutkan hati pasangan serta mewujudkan barakah dalam rumah.
3. Mengeteh dulu sebelum pulang dari kerja.
Ok, yang ni mungkin pelik sedikit. Ini nasihat pakcik saya betul-betul lepas saya selesai upacara akad nikah. Biasa bila kerja kita rasa penat, stress. Semua ini akan menjadi punca kemarahan dan pergaduhan bila pulang ke rumah. Jadi salah satu tip, pergi mengeteh dulu sebelum balik. Tenang-tenangkan diri dahulu. Selesai mengeteh baru balik. Jadi kalau ada apa-apa isu kat rumah, tidaklah mudah kita melenting.
Ni tiga tip yang saya amalkan. Insyaallah ramai lagi yang berkongsi pelbagai tip. Cuma ni tip ringkas dalam mewujudkan keluarga bahagia. Boleh amalkan.
Ulasan
Catat Ulasan