Kembali Mengaum
Aku akan mulakan kembali menulis. Agak lama juga tertunda dan tertangguh. Target akhir bulan 6, siap tulis 1 penulisan jurnal untuk dihantar ke jurnal berindeks.
Tindakan aku,
1. tentukan dahulu tajuk berdasarkan data-data yang telah dibuat.
2. Jurnal. Pemilihan jurnal yang sesuai. Muat turun template.
3. Menyusun isi kandungan dan mendapatkan graf, gambar dan data.
4. Tulis dahulu metodologi, keputusan dan ulasan serta kesimpulan.
5. Tulis ringkasan untuk literature review.
Oleh itu, aku perlu jadikan tabiat untuk menulis tiap-tiap hari.
Untuk minggu hadapan, agak penuh jadual.
Isnin cuti, Selasa kuliah, Rabu ada viva, Khamis cuti untuk membawa Adlan ke hospital.
Maka ada Rabu petang dan Jumaat. Serta Khamis selepas balik dari hospital.
Perlu juga tetapkan tugasan harian, maka aku kena set 1 jam sehari bermula selasa malam. Dalam jam 10 sampai 11. Menggunakan teknik pomodoro.
Insyaallah akan berjaya. 1 je. Boleh-boleh..
Ulasan
Catat Ulasan