Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Trip ke Medan - Keindahan Danau Toba

Imej
Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi waktu tempatan. Waktu untuk solat Subuh. Langsir di kuak melihat suasana dari jendela bilik, masih gelap. Hanya kelihatan lampu-lampu dari rumah peranginan berdekatan. Di kala ini bersamaan jam 6.30 pagi waktu Malaysia. Usai solat Subuh, saya kembali melabuhkan badan untuk lelap seketika. Handphone disetkan ke pukul 7.30 pagi untuk sarapan. Tepat jam 7.30 pagi, alarm berbunyi mendendangkan lagunya. Terus saya mengambil kamera dan keluar dari bilik. Subhanallah, cantiknya pemandangan di Danau Toba. Udara yang segar dengan air tasik biru beralun tenang membuatkan kepenatan perjalanan semalam hilang begitu saja. Terus beberapa keping gambar ditangkap sebagai kenang-kenangan. Entah bila lagi akan sampai di sini, jadi kesempatan yang ada inilah digunakan sebaik-baiknya. Saya dan isteri berehat di hadapan bilik menikmati pemandangan pagi. Kelihatan feri dan bot sudah memulakan operasinya. Pemandangan Parapat dari bilik Melihatkan jam hampir pukul 8.

Trip ke Medan - Perjalanan Yang Panjang

Imej
Salam. Setelah hampir 3 minggu barulah saya berkesempatan menulis di blog. Memang banyak perkara yang ingin dicoretkan, apakan daya masa tidak mengizinkan. Perjalanan saya pada awal bulan April bersama isteri ke Medan, Pulau Sumatera Indonesia. 'Honeymoon kedua' buat kami. Tiket penerbangan Air Asia awal-awal lagi sudah dibeli ketika promosi yang dibuat Air Asia. Penerbangan dari lapangan terbang tambang murah LCCT ke lapangan terbang antarabangsa Polonia mengambil masa 40minit sahaja. Pemergian kami dengan perasaan yang gusar, di kala Jepun bergelut dengan kesan tsunami yang baru menimpa, terdapat khabar berita mengatakan akan berlaku gempa bumi di Indonesia. Selain itu, banjir melanda Kota Medan seminggu sebelum kami berangkat. Walaubagaimanapun kami bertekad untuk meneruskan juga percutian kami kali ini. Kami tiba lebih kurang jam 2.00 petang. Selepas melepaskan lelah dengan minum di kafe berhampiran, kami menaiki teksi ke Raja Taxi. Syarikat yang menyediakan pengangkutan k

Nasib Si Penunggang Motorsikal: Basah Di Hari Cerah

Imej
Salam, kali ini saya ingin ceritakan pengalaman yang baru sahaja berlaku Jumaat lepas. Seperti biasa, saya berulang-alik ke tempat kerja menunggang Honda Wave 125 yang mengambil masa 40 minit. Setelah pening menyiapkan borang bagi permohonan geran untuk Prof saya, tidak sedar yang jam menunjukkan 5.00 petang, maka saya pun bersiap untuk pulang. Cuaca agak redup tetapi tiada tanda-tanda hujan akan turun. Sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Persekutuan, Jalan Klang Lama, Jalan Puchong dan Lebuhraya Damansara-Puchong berjalan lancar. Setibanya di lampu isyarat pertama di Puchong Utama, lampu merah. Kelihatan paip Syabas pecah menyebabkan air bertakung merentasi jalan dihadapan. "Emm dalam juga air ni, basah seluar nanti" fikir saya sambil menyinsing seluar jeans samapi ke bawah lutut. Gear yang tadinya neutral, saya gerakkan ke gear 1. Terdapat sebuah motosikal Yamaha 135LC dinaiki 2 pemuda India dan sebuah motor lagi dibelakang (tak berapa jelas siapa). Lampu hijau menyala,

Berjalan ke Bandung - Part 3

Imej
Salam semua. Lama juga tergantung cerita ke Bandung ini. Jadi ini sambungan yang terakhir trip kami ke Bandung. Satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Pada yang ingin tahu permulaan cerita, bolehlah melusuri topik Berjalan ke Bandung - Part 1 dan Part 2 . Hari ke 3 iaitu hari terakhir bagi seminar, diadakan majlis penutup dan sesi bergambar. Semua acara tamat pada pukul 12.oo tengah hari, jadi kami berjalan balik sambil mencari kedai untuk makan tengah hari. Kebetulan Prof teringin makan ikan, jadi ada sebuah restaurant seafood di situ. Tempat menarik, cuma biasalah di tempat orang, pilihan menu sukar difahami. Selesai makan tengah hari, masing-masing pulang ke bilik. Semua kelihatan letih, jadi plan asal kami untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Bandung dibatalkan. Tetapi, saya rasa sangatlah rugi untuk hanya duduk dibilik. Maka saya bersiap-siap dan terus keluar. Persimpangan Jalan Dago Mulanya saya hanya berjalan melusuri Jalan Dago. Melintasi kawasan sekolah menengah tida