Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Pengunaan Kerusi Khas Kanak-Kanak Satu Keperluan?

Imej
Telah tersebar berita mewajibkan kanak-kanak untuk duduk dikerusi khas ketika menaiki kenderaan. Semestinya berita ini mengemparkan ramai pihak. Ada yang bersetuju, dan ada pula yang membantah. Dikhabarkan, peraturan ini akan dilaksanakan pada tahun 2019. Relevankah untuk dilaksanakan di Malaysia? Reaksi Rakyat Malaysia Ramai yang telah pun menggunakan kerusi khas kanak-kanak dalam kenderaan masing-masing terutama mereka yang tinggal di bandar-bandar besar. Semestinya ia memudahkan terutama untuk ibu atau bapa yang perlu bergerak sendirian tanpa pasangan. Dengan itu, kerusi kanak-kanak tersebut membantu sedikit sebanyak supaya pemanduan lebih lancar. Namun ada juga yang enggan meletakkan anak masing-masing di kerusi kanak-kanak. Ada yang tidak tahan mendengar anak menangis. Tidak kurang juga yang mana tantrum anak yang tidak terkawal. Boleh rosak mood untuk pergi bekerja. Bagi saya, kita tidak boleh menuduh ibubapa tersebut sebagai cuai hanya kerana tidak meletakka

Kenapa Orang Lain Tidak Mahu Berubah?

Imej
"Isteri aku ni selalu tak kemas rumah, bersepah je rumah bila aku balik kerja", ngomel amin kepada rakan sekerjanya. "Pelajar ni tak faham-faham. Penat kita ajar dalam kelas. Bila suruh buat latihan tak nak buat" Tidak Mahu Berubah Acap kali kita mengharapkan perubahan berlaku disekeliling kita. Semestinya perubahan tersebut menghala kepada kebaikan. Namun yang terjadi adalah sebaliknya. Tiada siapa yang berubah atau mahu melakukan perubahan. Keadaan ini mungkin berlaku di rumah, di tempat kerja atau di jalan raya. Si guru yang mahukan anak muridnya menjadi rajin. Anak murid mahukan cikgunya mengajar dengan lebih baik. Isteri yang mahukan suaminya berubah kepada rajin menolongnya di rumah. Suami pula mahukan isteri rajin di rumah. Pemimpin mahukan yang dipimpin meningkatkan prestasi. Yang dipimpin pula mahukan pemimpin mengambil berat kebajikannya. Jadi siapa yang patut berubah? Apa Tindakan Kita Manusia diberi akal fikiran untuk berfikir. Dengan akal ters

Jom Kita Mulakan Larian

Imej
"Buang masa dan tenaga je kau masuk berlari sana sini" "Apa kau dapat bila join larian-larian ni? Sakit badan adalah" "Bosanlah berlari jauh-jauh ni" Mungkin ini yang banyak diperkatakan bila disebut berkenaan larian. Ya, bukan mudah sebenarnya tetapi ramai yang mampu lakukan. Jadi ia semestinya tidak mustahil. Program maraton dan sebagainya semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat Malaysia. Tidak pasti sama ada orang Malaysia semakin sedar untuk menjalani kehidupan yang sihat atau hanya trend semata-mata. Boleh Kurus Ke Kalau Berlari. Jawapan saya semestinya TIDAK. Kerana apa? Sebab untuk kurus perlu ada kombinasi pengawalan makanan, kawalan kalori dan juga senaman. Tetapi semestinya dengan berlari, kita bersenam dan membakar kalori. Yang penting adalah konsisten. Bukannya minggu ni berlari, rehat dua minggu. Alamatnya makin bertambahlah berat. Apa yang pasti, dengan berlari mampu meningkatkan kadar penyerapan

Pemimpin Oh Pemimpin

Imej
Mempunyai pemimpin yang objektif dalam segenap keputusan sangat-sangat menyukarkan. Semuanya ikut buku walhal buku juga ciptaan manusia. Apabila terlalu terikat, maka hilanglah nilai kemanusiaan dalam setiap keputusan. Maka jadilah organisasi itu kaku dan lesu. Maka bolehlah diserahkan kepada robot-robot untuk membuat keputusan. Apa pentingnya 'musyawwarah' jika semua sudah diputuskan? Itukah yang kita cari? Sebagusnya, tidak perlu lagi mesyuarat berjam-jam. Semestinya itu tidak berlaku, kerana mesyuarat juga adalah aturan dari 'buku'.