Najib ke Penjara
Menjadi berita penting di bulan kemerdekaan 2022, apabila Perdana Menteri Malaysia ke 6, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak dikekalkan sabitan kes SRC di Mahkamah Persekutuan dengan hukuman penjara 12 tahun. Pelbagai reaksi dilihat di media sosial sama ada yang bersetuju, sedih, menghina dan pelbagai lagi. Diri saya sendiri, lega dengan tamatnya satu siri rasuah terbesar negara yang telah berlarutan hampir 4 tahun. Walaupun masih ada lagi kes yang sedang dibicarakan seperti kes 1MDB, sekurang-kurangnya satu kes telah selesai. Apapun, kita perlu hentikan dari mengelakkan, menghina dan mencerca Dato' Sri Najib. Beliau telah pun menjalani hukuman penjara. Cukuplah kita menjadi iktibar serta harapannya menjadi amaran buat semua sama ada ahli politik, pegawai kerajaan, pekerja swasta dan juga semua masyarakat. Melihat kembali perjalanan Dato' Sri, banyak sumbangan beliau. Sengaja saya tulis di sini untuk mengingati kebaikan yang mana secara langsung memberi kesan