Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

Mahu Sertai GISO? 5 Perkara Ini Wajib Anda Uruskan Sendiri,

Imej
Global Islamic Student Outreach (GISO) adalah program ke luar negara yang "diwajibkan" kepada semua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pelajar telah membayar yuran antarabangsa sebanyak RM 450 ketika pendaftaran universiti bertujuan membiayai perjalanan ke luar negara, dan GISO adalah salah satu programnya. Jadi, buat pelajar USIM serta pengiring (terdiri dari staf USIM). Pastikan anda bersedia dengan 5 perkara berikut yang mana ia perlu diuruskan sendiri. 1. Pasport Pasport perlu dibuat sendiri di pejabat imigresen sebelum urusan keluar negara. Kos dalam RM300. Bagi yang sudah ada pasport, pastikan pasport anda masih hidup dan masih ada 6 bulan sebelum tarikh luput. Di luar negara, pasport menjadi identiti kita. Tanpa pasport, kita sama sahaja seperti pendatang asing. Jadi pastikan pasport dijaga dengan baik. 2. Visa Syarat untuk masuk ke negara asing memerlukan visa. Visa diperlukan untuk mendapat kebenaran masuk dari empunya neg

5 Perkara Yang Akan Terjadi Bila Anda Berjinak-jinak Dengan Larian

Imej
Acara larian agak mendapat sambutan. Semakin ramai menjadikan larian sebagai salah satu aktiviti sama ada harian atau mingguan. Tapi, apa manfaat yang kita boleh dapat dari larian? Boleh kurus ke? Ini 5 perkara yang akan terjadi bila anda berjinak-jinak dengan larian. 1. Hilangkan Sengal-sengal Badan Percaya tak? Bukan ke lepas bersukan, bertambah sakit badan? Memang benar, selepas berlari biasanya akan terasa sedikit sakit kaki. Tapi sengal-sengal badan ni lebih kepada sakit badan seperti angin, sakit belikat dan lenguh-lenguh pinggang. Pengalaman saya, semua ni akan hilang selepas beberapa sesi larian. 2. Minda Segar Pernah 'jogging' pagi-pagi sebelum masuk kerja? Jika tidak, anda boleh cuba. Tak perlu lama, lebih kurang 20 ke 30 minit sahaja. Walau pun badan sedikit lenguh, tetapi minda akan menjadi lebih segar dan kurang mengantuk. 3. Mudah Tidur Malam Ini juga sangat menarik. Dengan berlari, akan memudahkan untuk tidur dimalam hari. Mungkin dis

Dualthon Pertama CIND 2017

Imej
Cyberjaya International Night Dualthon 2017 . Pertama kali mencuba cabaran baharu ini. CIND 2017 berlangsung pada 27 dan 28 Oktobet di Cyberjaya. Ada 3 kategori khas iaitu Introduction, Challenge dan Kid Sprint. Introduction yang saya sertai melibatkan kombinasi 5km larian - 20km berbasikal - 5km larian. Cukuplah kan, tu pun dah rasa ngeri walaupun belum mula. LATIHAN Latihan bermula hampir 3 bulan sebelum program. Walau bagaimanapun, sebulan terakhir fokus lebih kepada larian. Sempat juga sertai 10 km Stat Asean Run di Putrajaya seminggu sebelum 'event'. Antara latihan dibuat, berlari sekurang-kurangnya 5 km 4 kali seminggu. Untuk 2 minggu terakhir, jarak ditambahkan kepada 7 km untuk sekali lari. Selain itu, latihan seperti Blurpee untuk tingkatkan kekuatan otot. Kesilapan yang dibuat, adalah kurangnya latihan berbasikal disebabkan kesuntukan masa dan kesibukan kerja. Sebab itu fokus lebih kepada larian. PERSEDIAN MENTAL Sedikit sebanyak, kerisauan

Bukan Mudah Hendak Berniaga

Imej
Pertama kali terlibat dengan Car Boot Sale. Tujuan asalnya nak membersihkan barang-barang dalam stor terutama pakaian-pakaian. Biasalah, pakaian 'mengecut' saban tahun.haha Jadi, cik isteri hubungi Car Boot Sale Bangi, bayaran hanya RM20 untuk satu sesi. Sabtu atau Ahad dari 8 pagi hingga 12 tengah hari. Kami pilih hari Sabtu. Car Boot Sale ni terletak berdekatan dengan McD Bangi, sebelah bangunan PKNS. Jadi taklah terlalu jauh dari rumah kami kat Jenderam. Hari Khamis sebelum CBS tu, kami pun selongkarlah segala harta dalam kotak-kotak. Kebanyakannya dah pun disusun ikut jenis, cuma kali ni perlu pilih mana yang nak dijual. Dapat empat kotak jugalah. Kebanyakannya barang cik isteri. Baju, seluar, tudung. Saya ada lah 4 5 helai pakaian. Selain tu, jual kamera Nikon yang lama, usb player (nak tengok movie di tv) dan juga GPS jenama Lockatoo. Jual pun murah-murah je. Sabtu pagi, dalam 7.30 dah gerak dari rumah. Kami naik dua kereta sebab satu kereta tu penuh

DESMOS: Aplikasi Mencipta Graf

Imej
Nak buat graf Sinusoidal dengan mudah? Mahu melihat hasil dari persamaan matematik apabila diplot graf? Apa kata anda cuba aplikasi Desmos. Aplikasi untuk menghasilkan graf yang mudah boleh dimuat turun di Google Play Store untuk pengguna Android. Aplikasi ini yang asalnya adalah aplikasi Chrome, sangat sesuai untuk memudahkan pelajar atau guru menghasilkan graf. KEMAMPUAN DESMOS Kebolehan Desmos semestinya mencipta graf dari persaaman matematik (mathematical equation). Dengan hanya y = Sin x, graf sin boleh terbentuk. Selain itu, hasil perkiraan kalkulus, trigonometri dan banyak lagi dapat dihasilkan dengan mudah. Jika anda sudah mahir, persamaan matematik boleh dimanipulasi untuk menghasilkan output graf dengan parameter yang boleh diubah-ubah. Banyak contoh-contoh yang boleh difahami untuk memudahkan kita memahami fungsi-fungsi yang pelbagai. Graf superposisi gelombang juga dapat dihasilkan disamping parameter seperti amplitud dan masa dapat diubah. Gra