Catatan

Persidangan, berehat, bercuti, kerja dan...

Empat hari persidangan hampir sahaja ke penghujung. Kesejukan Awana Genting Highland ni yang membuatkan rasa macam malasnya nak balik. Tapi rindu la kat dua orang 'gegirl' kat rumah. Pembentangan pun dah selesai petang tadi. Seperti biasa, habis awal dari masa yang ditetapkan. Belum sempat penjaga masa nak tekan loceng, aku berhenti dah. International Meeting Frontier Physics, yang menarik konferen kali ini, ramai pembentang jemputan dari pelbagai negara yang datang berkongsi penyelidikan masing-masing. Walaubagaimanapun tak ramai peserta pembentangan yang hadir. Berbaloi juga duduk 4 hari di sini, selain dapat melegakan kepala dari kerja-kerja yang tak pernah habis di pejabat, sempat juga membaca jurnal-jurnal, sempat juga siapkan paper untuk dihantar. Tapi rasa rugi sebab tak bawa isteri dan anak sekali. Tak apalah, lain kali boleh la bawa jalan-jalan kat sini. Harga hotel di Awana ni memang mahal. Untuk bari biasa, harga lebih dari RM300. Malah penganjur konferen pun hany...

Masa Sudah Berlalu

Setahun setengah dah tak tulis apa-apa. Bukan sahaja berhabuk tapi bersawang dah blog ini. Sejak mula kerja di USIM, memang tiada masa untuk menulis. Kerja yang ada pun belum siap, apatah lagi selingan-selingan lain. Lepas ini perlu rajin-rajinkan diri menulis. Lagi-lagi penulisan dalam bahasa Melayu yang dah lama berkarat. Sekurang-kurangnya dapat mencambahkan lagi idea dah gaya bahasa. Apabila terlibat dengan program i-Inova'13 ini, salah satu program anjuran universiti, menjadi Ketua Jawatankuasa Publisiti perlu banyak idea terutama dalam penulisan. Bila nak tulis skrip untuk forum bersama Astro Awani pun terkial-kial dibuatnya. Cukup untuk hari ini, kemudian boleh sambung lagi.

Satu kehidupan baru, sebuah putaran hidup

Imej
Hampir satu jam waktu telah berlalu. Di sebalik pintu-pintu kaca masih lagi lenggang, tiada kelibat jururawat atau doktor yang kelihatan. "Ish, kenapa lama sangat ni" gusar ku. Mak, abah dan adik-adik sudah lama tiba. Masing-masing menunggu di bilik pelawat. Saya masih lagi mundar mandir di hadapan pintu kaca wad pembedahan. Masih tiada lagi tanda-tanda akan selesai. Kini, jam menunjukkan hampir pukul 7 malam. Kelihatan jururawat masuk membawa katil kosong ke bilik bedah. Kami masih menanti di luar dengan resah. Mak dan abah kelihatan letih, kebetulan mereka berpuasa 6, waktu berbuka pun hampir tiba. Akhirnya, pintu terbuka. Kelihatan seseorang sedang terbaring di atas katil yang ditolak jururawat tersebut. Sekuntum senyuman terbit dari wajah pucatnya. Kaget seketika. Tidak tahu apa yang saya lihat, hanya sekadar mimpi atau khayalan. Selimut hijau membalut sesuatu di sisi, tapi masih tidak jelas kelihatan. Mereka sudah pun berlalu tapi saya masih kaku. Ku a...

Bookmark this website, cause you'll definitely be hooked! #ChurpChurp, one of your fav sites.

Bookmark this website, cause you'll definitely be hooked! #ChurpChurp, one of your fav sites.

Membeli-belah di OneBabyWorld

Imej
    Selepas beberapa kali membelek laman web www.OneBabyWorld.com , akhirnya sampai juga ke kedai yang terletak di Taman Permata. Betul-betul di belakang Giant Taman Permata, di atas Old Town White Coffee (tingkat 3). Kalau dari lebuhraya MRR2, boleh nampak dengan jelas pasaraya Giant. Barang yang ingin dibeli, 'breast pump'. Sebelum ini, kami memang ada beli 'breast pump' yang manual jenama Pureen, tapi kurang berhasil. Melalui majalah Pa&Ma, banyak pilihan pam berserta set sekali. Setelah membelek beberapa kali, pam jenama Medela atau Spectra menjadi pilihan. Jadi bila pergi ke kedai, targetnya adalah kedua-dua jenama pam tersebut. Avent bagaimana? Huish...terlalu mahal dan diluar kemampuan. Selepas bertanya beberapa perkara dengan pekerja di situ, akhirnya Medela menjadi pilihan. Mini Electric pump yang mana boleh menggunakan bateri atau terus menggunakan plug.   Penuh satu beg. Jadi saya pun ambil pakej yang disediakan, dengan harga RM490...

Menginsafi Perjalanan 39 Minggu

Imej
Selama ini, melihatkan ibu-ibu yang mengandung adalah perkara biasa yang menjadi fitrah kehidupan. Semestinya seorang lelaki tidak akan mengalaminya, walaupun setiap manusia kecuali Nabi Adam dan Hawa, keluar dari perut ibu masing-masing. Tetapi, melihat bagaimana isteri saya mengandung sungguh menginsafkan. Kini kandungan isteri sudah genap 39 minggu. Sering kali berlegar-legar di kepala, bagaimana mak ketika mengandungkan saya dahulu? Dengan tubuh mak yang kecil ditambah saizku yang besar, pasti sukar. Alhamdulillah, isteriku tidak mengalami masalah-masalah rumit selama 39 minggu ini. "Morning sickness" juga tidaklah sampai muntah-muntah. Cuma keletihan dan rasa pening-pening. Selepas melalui 3 bulan pertama atau dipanggil trimester 1, semuanya kembali seperti biasa. Tidak lagi pening-pening lalat di waktu pagi. Rasa-rasa loya juga berkurangan. Lega juga melihat selera isteri yang tidak berkurang sejak awal kehamilan, malah bertambah-tambah. Bersembang dengan rakan-r...

Masjid Tuanku Mizan - Putrajaya

Imej
Malam ke 3 Ramadhan, dapat juga saya dan isteri bersolat Isyak dan terawih di masjid. Setelah 2 hari yang memenatkan, dengan isteri juga keletihan. Masjid yang juga digelar 'masjid besi' meriah dengan jemaah yang ramai. Walaupun agak panas kerana konsep masjid ini yang 'open air', maka penghawa dingin tidak digunakan. Di imamkan pula oleh seorang Hafiz yang sangat muda, lunak saja bacaannya. Patutlah tok siak ketika membuat pengumuman, menyebut adik Haji.... (lupa namanya). Cuma sayang, semalam Imam Jibrail datang mengimamkan solat terawih. Tidak sempat mendengar beliau mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Esok insyaallah, semoga dipermudahkan untuk berjemaah di masjid.