Catatan

5 Persedian Sebelum Kuliah Bermula

Semester baharu bakal menjelma tidak lama lagi buat pelajar-pelajar universiti. Untuk pelajar baharu, tahniah diucapkan. Simpan sijil SPM, PMR dan UPSR anda kerana setelah masuk ke universiti, semua itu tak dikira. Pelajar-pelajar lama pula pasti mahu memperbaiki prestasi sebelum ini. Jadi ini beberapa tips yang boleh diikut jika anda mahu belajar secara tersusun (smart study) sejak dari awal semester. 1. Sediakan fail Perlu sediakan fail untuk setiap subjek yang anda ambil. Kalau 7 subjek, 7 fail yang anda perlu sediakan. Tak perlu beli yang mahal, fail kertas yang berharga beberapa sen sahaja pun sudah mencukupi. Apa yang nak diisi dalam fail tersebut? Segala nota, tutorial, tugasan dan lain-lain lagi berkaitan subjek anda. Ini memudahkan anda mencari bahan bila diperlukan. 2. Dapatkan buku teks Setiap subjek kebiasaannya akan menetapkan jenis buku yang akan digunakan. Ada pensyarah mewajibkan pelajarnya beli, ada pula yang menggalakkan sahaja. Tidak disangkal, harga buku teks ...

Organise Your Work - These 5 Apps Will Help You Optimise Your Work

Imej
Working environment has been changed since the revolution on the internet, mobile phone and software engineering. Using mobile phone as a tools is crucial. Fast and easy to access. It help us to work better if we used it properly. Sometimes you doesn't need complicated apps just to update your task. Here 5 basics apps that you should fully utilise to keep everything organise.  1. Google Calendar While some people still using a planner to write an appointment and notes, using calendar apps really help us to alert with the latest appointment. You can use either in the mobile phone or through PC, both can be synchronise. You can set an alarm or reminder. Some advanced function, you can add people to join meeting or discussion by sending the google calendar. 2. Google Drive Cloud storage. Important thing for recent year. While CD, pen-drive and external hard disk become a main storage before, the introduction of cloud storage really help. Pe...

5 Perkara Membuatkan Piala Dunia 2018 Antara Yang Terbaik

1. Pengunaan VAR Pertama kalinya peraturan VAR digunakan. Dengan bantuan video, pengadil berpeluang menilai kembali keputusan terutama keputusan kontrovesi seperti pemberian penalti, kad merah serta ofsaid. Pertandingan kali ini antara Piala Dunia terbanyak menganugerahkan penalti menyebabkan perlawanan semakin rancak. Malah Neymar juga 'kantoi' berlakon ala-ala pelakon opera yang ditusuk pedang apabila pengadil menghadiahkan penalti, tetapi melalui VAR mengesahkan tiada kekasaran terhadap Neymar dan penalti ditarik balik. 2. Kosong-kosong 3. Pasukan pilihan pulang awal Jerman Sepanyol, Portugal dan Argentina Brazil 4. Pasukan Afrika kurang menyerlah Kali ini agak mengejutkan apabila tiada satu pun pasukan Afrika yang berjaya melepasi peringkat kumpulan. Nigeria, Senegal, Mesir dan Tunisia bergelut di peringkat kumpulan. Hanya Senegal yang sipi-sipi untuk mara tetapi dikecewakan oleh peraturan 'fair play' apabila berkongsi mata dengan Jepun. Pasukan Asia sekura...

Suami Isteri - Cinta tanpa Syarat

Imej
"Isteri kena pandai masak, uruskan rumah. Lelaki kena cari rezeki." Mungkin ini yang menjadi amalan terutama pasangan berbangsa melayu. Namun begitu, pasangan milenia semakin lama semakin berubah terutama pasangan urban. Taraf hidup yang tinggi menyebabkan perlunya isteri bekerja bersama untuk menampung perbelanjaan. Namu begitu, bagaimana tugasan di rumah? Disini yang menjadi dilema terutama para isteri apabila si suami tidak pandai mengurus rumah. Menyapu, basuh baju, lipat baju, mop lantai dan lain-lain. Tugasan yang diharapkan oleh si isteri untuk dibantu sang suami. Akan terjadi krisis akibat salah faham lagi-lagi jikalau pasangan tidak mampu untuk berkomunikasi. Idola Perlu dilihat, kita banyak menjadikan ibu dan bapa kita sebagai idola dan rujukan. Si suami akan membayangkan bagaimana si isterinya nanti cekap mengurus rumah seperti ibunya. Manakala si isteri mahukan sang suami yang bertanggungjawab seperti ayahnya. Namun begitu, perubahan zaman menjadikan tugas d...

Tony Fernandes: Flying High

Imej
Tony Fernandes. Tidak perlu diperkenalkan lagi. Dikenali sebagai taikun penerbangan menerusi AirAsia, sehingga ke Liga Perdana Inggeris menerusi Queen Park Rangers (QPR), pesonanya menarik perhatian ramai. Kenali beliau melalui buku Flying High. Tony menyingkap kembali sejarah hidup beliau sehinggalah cabaran menubuhkan AirAsia. Tidak berhenti disitu, AirAsia juga mengalami masalah diluar jangkaan tetapi beliau tetap bergerak maju hatta terus berkembang. Bukan itu sahaja, walaupun dikenali sebagai pemimpin syarikat penerbangan tambang murah terbaik, beliau juga membuat beberapa langkah yang menelan jutaan ringgit. Ingin tahu apa yang berlaku? Jerit perih ketika mula-mula mengusahakan AirAsia? Makanan dalam penerbangan dibeli di Tesco sahaja, biar betul? Prinsip kepimpinan bergantung kepada kepercayaan serta dasar pintu terbuka, benarkah ia boleh berjaya? Anda perlu dapatkan buku ini .

Mahu Sertai GISO? 5 Perkara Ini Wajib Anda Uruskan Sendiri,

Imej
Global Islamic Student Outreach (GISO) adalah program ke luar negara yang "diwajibkan" kepada semua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pelajar telah membayar yuran antarabangsa sebanyak RM 450 ketika pendaftaran universiti bertujuan membiayai perjalanan ke luar negara, dan GISO adalah salah satu programnya. Jadi, buat pelajar USIM serta pengiring (terdiri dari staf USIM). Pastikan anda bersedia dengan 5 perkara berikut yang mana ia perlu diuruskan sendiri. 1. Pasport Pasport perlu dibuat sendiri di pejabat imigresen sebelum urusan keluar negara. Kos dalam RM300. Bagi yang sudah ada pasport, pastikan pasport anda masih hidup dan masih ada 6 bulan sebelum tarikh luput. Di luar negara, pasport menjadi identiti kita. Tanpa pasport, kita sama sahaja seperti pendatang asing. Jadi pastikan pasport dijaga dengan baik. 2. Visa Syarat untuk masuk ke negara asing memerlukan visa. Visa diperlukan untuk mendapat kebenaran masuk dari empunya neg...

5 Perkara Yang Akan Terjadi Bila Anda Berjinak-jinak Dengan Larian

Imej
Acara larian agak mendapat sambutan. Semakin ramai menjadikan larian sebagai salah satu aktiviti sama ada harian atau mingguan. Tapi, apa manfaat yang kita boleh dapat dari larian? Boleh kurus ke? Ini 5 perkara yang akan terjadi bila anda berjinak-jinak dengan larian. 1. Hilangkan Sengal-sengal Badan Percaya tak? Bukan ke lepas bersukan, bertambah sakit badan? Memang benar, selepas berlari biasanya akan terasa sedikit sakit kaki. Tapi sengal-sengal badan ni lebih kepada sakit badan seperti angin, sakit belikat dan lenguh-lenguh pinggang. Pengalaman saya, semua ni akan hilang selepas beberapa sesi larian. 2. Minda Segar Pernah 'jogging' pagi-pagi sebelum masuk kerja? Jika tidak, anda boleh cuba. Tak perlu lama, lebih kurang 20 ke 30 minit sahaja. Walau pun badan sedikit lenguh, tetapi minda akan menjadi lebih segar dan kurang mengantuk. 3. Mudah Tidur Malam Ini juga sangat menarik. Dengan berlari, akan memudahkan untuk tidur dimalam hari. Mungkin dis...