Catatan

My thought for next semester

 I got an idea on delivering the teaching course for next semester. Next sem will be another wave and optic's course. A few notes from last semester's assessment. Final exam, lab, and assignment. Let's start with lab. Each student needs to run 5 experiments. Each group has at most 5 members. In the first session, students must run the first experiment, collect data, write a report, and submit the report. In the second week, the instructor will explain about writing a report, collecting data, measuring an error, calculating the percentage error, and plotting a graph.  It means, I need to prepare a module, or at least a presentation slide contain all necessary information about lab conduct. Lecture -  While in lecture, I will maitain the concept of derivation, experiment and example. However, I need to prepare a better notes + experiment + questions for optic part. A few changes on lecture condcut need to be change like arrangement of the content. A tutorial questions also ...

Pelajar Universiti Generasi Z: Manja atau Genius?

Baharu sahaja berdesup mesej dalam kumpulan whatsapp membincangkan isu seorang pelajar yang bermasalah. Masalah yang mana mengusarkan kami para pendidik. alhamdulillah dihadirkan dalam kalangan kami yang diberi kelebihan dapat membantu pelajar ini. Pada masa yang sama, berdentum isu pelajar-pelajar universiti di media-media. Bermula dengan isu 'intern' yang dibayar rendah, maka bermulalah kempen 'intern' bukan buruh murah ('cheap labour'). Timbul pula isu pelajar universiti menari berjoget di konsert dalam kampus. Al-hasilnya, semua program pelajar dibekukan. Pagi ini, muncul berita, "Pensyarah perlu ajar pelajar adab menulis surat mohon penempatan latihan industri atau memohon kerja". Kami pensyarah pula yang kena. Semua ini berlaku menyebabkan masing-masing mempersoalkan bagaimana generasi 'online' ini akan melayari hidup. Jika diambil kira, generasi sekarang boleh dikatakan 'tech savvy'. Serba-serbi tahu berkenaan teknologi, hatta se...

Najib ke Penjara

Menjadi berita penting di bulan kemerdekaan 2022, apabila Perdana Menteri Malaysia ke 6, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak dikekalkan sabitan kes SRC di Mahkamah Persekutuan dengan hukuman penjara 12 tahun.      Pelbagai reaksi dilihat di media sosial sama ada yang bersetuju, sedih, menghina dan pelbagai lagi. Diri saya sendiri, lega dengan tamatnya satu siri rasuah terbesar negara yang telah berlarutan hampir 4 tahun. Walaupun masih ada lagi kes yang sedang dibicarakan seperti kes 1MDB, sekurang-kurangnya satu kes telah selesai.      Apapun, kita perlu hentikan dari mengelakkan, menghina dan mencerca Dato' Sri Najib. Beliau telah pun menjalani hukuman penjara. Cukuplah kita menjadi iktibar serta harapannya menjadi amaran buat semua sama ada ahli politik, pegawai kerajaan, pekerja swasta dan juga semua masyarakat.      Melihat kembali perjalanan Dato' Sri, banyak sumbangan beliau. Sengaja saya tulis di sini untuk mengingati kebaikan yang man...

Merenung Kesilapan Sendiri

Amarah. Nafsu amarah. Seringkali kita diingatkan sebagai manusia untuk bersabar dan mengawal kemarahan. Tapi sekali lagi aku tewas. Ya, marah ku beralasan. Marah ku juga kerana mendidik. Tapi itu hanya pujukan dalam diri. Ia kekal menjadi kesilapan. Dan kekal dalam diri anak-anaka. Menjadi luka yang tidak dilihat. Perit yang tidak ternampak. Sakit yang tiadaa penghujung. Aku malu. Aku sedih. Aku kecewa. Dalam usaha aku mengawal diri, sekali lagi aku tergelincir.  Pabila tenang, baru ku nampak cahaya. Ada cara yang lebih baik. Isunya kecil, tapi impaknya besar. Ya, anak ku mengecewakan ibunya. Membuat ibunya menangis. Dalam hati, ya aku perlu ajar anak ku. Tapi aku silap. Sekali lagi aku dirasuk amarah.  Apakah tiada jalan lain? Takkan nak biar je? Ya. Semestinya ada cara lain. Ini peluang. Peluang mendidik anak. Peluang memberi makna. Peluang menunjukkan kepada anak, ibu mu itu lembut hatinya. Menunjukkan yang anak lelaki, perlu lindungi ibunya. Melihat si ibu dari mata hati. ...

Mencari Kebaikan dalam Berlari

Imej
Perkara biasa yang didendangkan sama ada di media sosial, surat khabar atau majalh kesihatan, berlari memberi banyak kebaikan. Tapi betul ke?  Bukan ke sakit badan, sakit kaki, sakit lutut lepas berlari?  Ada yang sakit jantung sebab berlari, sihat sangat ke tu? Banyak perkara yang perlu diambil kira untuk berlari. Ada yang berlari santai, ada yang mengejar masa dan kelajuan, ada pula berlari untuk menghilangkan stress dan pelbagai lagi. Saya ceritakan di sini, apa kebaikan yang saya dapat apabila kerap berlari. Lebih baik saya ceritakan dari pengalaman saya dan apa yang saya nampak, rasa dan dengar. Betul tak? 1. Pernafasan Ini perkara yang saya selalu perasan apabila kerap berlari, pada waktu-waktu biasa kita akan rasa lebih selesa bernafas. Apa sebelum ni tak selesa ke? Pernah kan rasa nak tarik nafas terasa berat? Atau, rasa seperti ada sesuatu dalam rongga pernafasan kita. Ada pula tiba-tiba rasa lubang hidung mengecil, rasa sempit sahaja ruang bila kita tarik nafas. Apab...

Creating My Own Routine

After long holiday including covid-19 quarantine, it's time to setting up back my routine. This week will be my office's official cancelation of "work from home" policy. So, I need to set my foot on the ground. A few things needed to be done. Here my list, 1. Subuh prayer at mosque. Since pandemic, I rarely attend morning prayer at mosque. So this will be ny first goal for this May 2022. A few strategies need to be implement to help me waking up early. a) Setting up alarm clock Alarm should be set up 5 minutes before Subuh.. b) Sleep early before 11 pm Well, everything start before we sleep so I need to close my eyes before 11 pm. No gadjet after 10 pm. What should I do? i - reading book ii - set my tomorrow target/task iii - streching iv - solat witir c) Prepare Solat Attire before Sleep 2. Exercise 5 times per week Badminton. Running. Strength training Badminton every Tuesday and Thursday Monday and Wednesday - slow run at TJM. This month target, able to run 3 km. N...

Rutin dan Tabiat

Rutin membentuk Tabiat (habit). Kenapa pentingnya habit? Pentingnya habit sehinggakan ramai penyelidik menjadikan pembentukan habit sebagai kajian. Ada yang menulis buku dan yang penting bukunya laris. Menunjukkan ramai merasakan pentingnya habit. Habit membentuk automation Habit menjadikan tindakan kita menjadi automatik. Ya automatik itulah tabiat atau habit. Jika rutin kita mengisi petrol dengan membayar dahulu, kemudian baru buka penutup minyak dan isi. Industri juga meletakkan rutin sebagai kaedah memastikan kecekapan dan keselamatan. Ianya SOP untuk sesuatu kilang dalam pengoperasian. Decision Fatigue Automation mengurangkan manuasia mebuat keputusan yang berulang yang menyebabkan manusia kepenatan untuk membuat keputusan dipanggil Decision Fatigue. Pernah dengar ayat "Nak makan apa?", "Nak makan kat mana?". Ya ianya menggangu kita membuat keputusan. Rutin kita contohnya tiap-tiap hari sebelum masuk pejabat, akan bersarapan di kedai A, maka rutin itu membentuk...