Catatan

Berjalan ke Bandung Part 1

Imej
Pertama kali ke bandung, kali kedua ke Indonesia. Pada mulanya tiada mood untuk ke Bandung, tapi disebabkan ada konferen, maka diri ini dipaksa-paksa untuk pergi juga. Kami bertiga (Prof Keshav dan Noriza) menaiki AirAsia pada pagi Isnin dan turun ke Jakarta. Asalnya saya ingatkan perlu turun di Jakarta disebabkan Prof Keshav perlu dapatkan VOA dan lapangan terbang Bandung tiada dalam senarai. Selepas tiket penerbangan dibeli baru diketahui yang VOA boleh diambil juga di Bandung. Alamatnya kena jalan jauh lah. 3 jam perjalanan dari Jakarta ke Bandung. Setiba kami di lapangan terbang Jakarta, maka Prof mengambil kereta sewa (Suzuki APV) yang harganya RM100 seorang. Aduh bankrap la macam itu, tak sempat menghalang. Asalnya mahu menaiki Cipaganti, lebih murah RM30 sahaja, atau pun menaiki keretapi. Walau bagaimanapun sudah terlambat. Faham-faham sahaja, mereka ini jenis memaksa. Kita rasa serba salah dibuatnya. Jadi perjalanan ke Bandung lancar. Keadaan trafik masih terkawal disebab...

Sila isi minyak di Genting Sempah.

Imej
Ni papan tanda yang saya jumpa di stesen minyak Petronas Genting Sempah masa pulang dari beraya di Pahang. Pertama kali jumpa, sebelum ini tiada pun. Masa nak masuk dalam kereta baru perasan, terus 'snap' gambar ini. Jadi lepas ini selalulah isi minyak di Genting Sempah. Lebih jimat. Itu pun kalau tak di kira tol dan jarak perjalanan. Walau apa pun, iklan yang menarik..hehe Selamat Hari Raya

Tibanya Bulan Ramadhan

Imej
Alhamdulillah, hari ini sudah selesai 1 hari berpuasa. Ramai umat Islam gembira dengan tibanya bulan Ramadhan. Ada yang gembira sebab mereka boleh berniaga dan untung besar di bazar-bazar Ramadhan. Ada pula seronok membeli juadah-juadah makanan untuk berbuka yang mengecur air liur bila melihatnya. Ramai juga yang berbuka di hotel-hotel dengan kepelbagaian makanan yang boleh dipilih tanpa had, pasti ramai yang tergoda. Lagipun banyak tawaran bufet Ramadhan disekitar Kuala Lumpur ini. Tapi jangan pula lupa bahawa puasa itu adalah bulan di mana kita mendidik jiwa, nafsu dan iman kita untuk tunduk kepada yang Esa. Caranya dengan mengingati Allah, menahan bukan sahaja dengan perkara yang membatalkan puasa, malah dengan perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa kita. Melihat betapa terujanya umat islam ketika tiba waktu petang untuk membeli juadah berbuka, tetapi sayangnya ianya terbalik ketika di tempat kerja. LESU, LAYU, LENA dan LEMAH. Amat dikesalkan perkara ini berlaku dika...

Kenduri, Mee Bandung dan Kasut Hilang..

Imej
Lama juga saya tak menulis, disebabkan kesibukan untuk persediaan pembentangan di seminar tidak lama lagi. Kali ini, saya ingin menulis tentang perjalanan kami ke Batu Pahat, Johor. Dari Kuala Lumpur menyusuri PLUS memang cepat. Lebih kurang 3 jam sahaja sudah sampai. Jadi saya, Naim dan Shimi bergerak dari Ampang jam 11.00 pagi menaiki kereta Naim. Kemudian singgah ke Bangi mengambil Zhafran. Maka kami meneruskan perjalanan. Oh ya, tujuannya adalah menghadiri kenduri kahwin kawan sekolah kami dahulu di MRSM, Saudara Taufiq atau biasa dipanggil Maula. Perjalanan di lebuh raya hanya sampai di susur keluar Tangkak, kawan kami Najib menunggu di Muar untuk bergerak sekali ke kenduri. Kami tiba di Sungai Abong Muar jam 1.00 petang. Disebabkan Zohor pun dah masuk, kami singgah lah solat berjemaah di Masjid. Al-kisahnya, selesai solat, kasut saya sudah tiada. Emm tak terkata dibuatnya sebabkan baru dua kali memakainya. Memang ada rasa tidak sedap hati semasa awal-awal lagi, jadi dialihkan kas...

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Imej
Ahad lepas, saya dengan tunang saya mencuba sarapan di sebuah gerai di Seri Petaling. Dekat-dekat dengan Bukit Jalil tu. Hari tu nak hantar tunang saya ke Pudu sebab dia nak balik Perak dah, jadi kami pun sarapan lah dulu. Hari sebelum tu saya dah pergi sorang-soarang lah, tapi ramai Ya Rabbi, dah la hujan, so kerusi meja yang diluar tak boleh pakai lah. ~ Orang ramai sedang memilih lauk nasi lemak~ Em yang best, ada nasi lemak pelbagai lauk, sedap jugak terutama sambal dia, manis-manis pedas. Roti canai pun ada, kuih muih dan lontong. Kawasan dia kecil sahaja tapi ramai orang dari pelbagai kaum, mahal jemaah tabligh pun ramai (kebetulan dekat dengan masjid pusat tabligh). Kalau mahu cuba, boleh lah pergi ke Sri Petaling, berhadapan dengan Hotel Sri Petaling. Siapa yang tahu Carefour berdekatan stadium Bukit Jalil tu, kena masuk dalam sikit lah. Dekat dengan lebuhraya Kesas. ~ Nasi lemak lauk ayam merah (saya punya). ~Nasi Lemak lauk sambal kerang ~Sedap betul makan sampai comot-comot ...

Tahniah buat Fattah dan Siti Nadilah

Imej
Hari sabtu yang lepas saya, Karok, Chuban dan Aifa bergerak ke Manjung, Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan Fattah dan Siti Nadilah. Asalnya rancang pergi dengan Naim, tapi perancangan berubah sebab Naim kena pergi ke MRSM Kubang Pasu pada hari Jumaat untuk melawat adik dia, maka dia akan bergerak terus dari Kedah ke Manjung. Pukul 9.30 saya dah ada di Summit Subang bersama Karok, sempat juga lah sarapan sementara tunggu Chuban dengan Aifa. Jam 10.30 pagi kami bergerak menaiki dua kereta, terus melalui Kelana Jaya - USJ Link ke NKVE seterusnya ke PLUS. Perjalanan di lebuhraya semuanya lancar, kenderaan tak banyak pun. Lebih kurang pukul 12.00 kami sampai ke susur keluar Bidor. Masih ada lebih kurang 100km untuk sampai ke Manjung. Agak risau juga, sebab tak pernah pergi ke Manjung, harap-harap tak sesat lah. Terima kasih kepada Mahirah sebab bagi penunjuk jalan. Lebih kurang 2 jam melalui jalan kampung, melintasi pekan Teluk Intan, akhirnya sampai juga di Manjung. Agak mudah menca...

"How to Win Friends & Influence People" by Dale Carnegie

Imej
Buku ni baru sahaja habis dibaca. Memang menarik, buku ni yang pada asalnya adalah nota kuliah bagi Dale Carnegie untuk kursus yang di ajarnya di universiti. Pertama kali diterbitkan pada 1936, sudah melebihi 70tahun buku ini bertahan dan beberapa kali dicetak semula. Buku ini adalah revised edition yang telah diubah sedikit untuk disesuaikan dengan masa oleh Dorothy Carnegie. Tajuk simple, tapi isi sangat padat dengan contoh-contoh menarik terutama dari tokoh-tokoh terkenal. Bidang Dale dalam komunikasi berkesan dan juga hubungan manusia menyebabkan buku ini sangat penting sebagai rujukan pertama ketika itu. Beliau menerangkan betapa pentingnya memahami sifat manusia supaya kita dapat bertindak dengan tepat. Antara point-point penting yang disebut adalah nama . Setiap orang sangat berbangga dengan nama masing-masing. Jika semasa belajar, kita mesti gembira apabila cikgu atau pensyarah mengingati nama kita. Begitu juga orang lain, mereka akan merasa dihargai jika kita mengingati nama m...