Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Di penghujung 2010. Cabaran Baru Menanti

Imej
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur untuk tiba ke 2011. Mengimbau kembali liku-liku 2010, banyak peristiwa manis yang berlaku. Yang terbaru dan terutama, saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan. Syukur sangat-sangat kerana dipermudahkan segalanya. Sebelum itu, selesai menghantar tesis PhD sebulan sebelum majlis perkahwinan. Cuma ada satu pembentangan perlu dilakukan, nasib juga sempat selesai 3 hari sebelum akad nikah:-) Tahun ini, masa banyak dihabiskan dengan menyiapkan tesis. Memang letih teramat sangat, mengarang bukanlah bidang yang saya minat apatah lagi dalam bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun segalanya selesai, walaupun rasa nak perbetulkan lagi, tapi cukuplah rasanya. Moga pemeriksa dilembutkan hati mereka menanda dan memberi komen. Sekarang, perlu menunggu masa untuk Viva sahaja. InsyaAllah segalanya akan selesai dengan jayanya. Buat mak dan abah, terima kasih banyak-banyak kerana memahami anakmu ini. Sentiasa memberi s

Berjalan ke Bandung - Part 2 : ITB

Imej
Pagi ini terasa sangat menyegarkan. Subuh tersangat awal dari kebiasaan menyebabkan tidur disambung kembali selepas solat. Bandung, sebuah kota yang sibuk, tetapi agak tenang dibandingkan dengan Kota Jakarta. Suhunya yang rendah dan udaranya yang sejuk dan bersih sangat menyegarkan. Hotel cafe yang terletak sama aras dengan bilik kami hanya dibuka jam 7.30 pagi. Sayangnya tiada bufet, cuma "ala carte" sahaja. Seperti biasa, sarapan di hotel mestilah dengan bijiran-) Cafe di Geulis hotel ini mendapat pengiktirafan halal penguatkuasa agama Islam di Indonesia. Jadi saya tidak lah perlu risau mengenai makanan. Sarapan ada daging, sosej, nasi goreng dan hidangan dibahagi kepada hidangan tempatan atau "western". Cafe hotel dari pandangan luar. Kami bergerak ke Institut Teknologi Bandung (ITB) yang terletak berhampiran dengan hotel kami. Hanya perlu berjalan 10minit sahaja. Setibanya kami di ITB, padanya kami masih tidak yakin adakah benar ini adalah ITB? Setelah ditanya p

Menanti detik 3 hari

Imej
Tinggal 3 hari lagi sebelum bergelar seorang suami. Risau? Tidak juga, hari ini terasa sangat lega. Baru sahaja selesai pembentangan bagi melengkapkan syarat PhD petang tadi. Alhamdulillah, lepas ini hanya perlu tunggu laporan dari pemeriksa dan juga Viva. Pembentangan tadi juga berjalan lancar dengan penuh keyakinan..hehe Beberapa bulan ini sangat sibuk dengan urusan menyiapkan tesis. Biasalah, walaupun sudah dibuat awal, tapi "last minute" pasti banyak perkara yang perlu ditambah tolak. Kesian pada mak dan abah sebab banyak urusan perkahwinan yang mereka selesaikan. Abah berulang-alik dari melaka-KL hampir tiap-tiap hari semata-mata untuk menyelesaikan pelbagai persiapan perkahwinan. Alhamdulillah, semua sudah selesai. Walaupun tinggal 3 hari je, tak banyak perkara yang perlu dilakukan, cuba pastikan semua berjalan lancar. Terima kasih mak dan abah. Perancangannya, saya akan bergerak jumaat ini, yang lain bergerak sabtu. Alhamdulillah, sedara ramai juga yang mengiring. Hara

Berjalan ke Bandung Part 1

Imej
Pertama kali ke bandung, kali kedua ke Indonesia. Pada mulanya tiada mood untuk ke Bandung, tapi disebabkan ada konferen, maka diri ini dipaksa-paksa untuk pergi juga. Kami bertiga (Prof Keshav dan Noriza) menaiki AirAsia pada pagi Isnin dan turun ke Jakarta. Asalnya saya ingatkan perlu turun di Jakarta disebabkan Prof Keshav perlu dapatkan VOA dan lapangan terbang Bandung tiada dalam senarai. Selepas tiket penerbangan dibeli baru diketahui yang VOA boleh diambil juga di Bandung. Alamatnya kena jalan jauh lah. 3 jam perjalanan dari Jakarta ke Bandung. Setiba kami di lapangan terbang Jakarta, maka Prof mengambil kereta sewa (Suzuki APV) yang harganya RM100 seorang. Aduh bankrap la macam itu, tak sempat menghalang. Asalnya mahu menaiki Cipaganti, lebih murah RM30 sahaja, atau pun menaiki keretapi. Walau bagaimanapun sudah terlambat. Faham-faham sahaja, mereka ini jenis memaksa. Kita rasa serba salah dibuatnya. Jadi perjalanan ke Bandung lancar. Keadaan trafik masih terkawal disebab

Sila isi minyak di Genting Sempah.

Imej
Ni papan tanda yang saya jumpa di stesen minyak Petronas Genting Sempah masa pulang dari beraya di Pahang. Pertama kali jumpa, sebelum ini tiada pun. Masa nak masuk dalam kereta baru perasan, terus 'snap' gambar ini. Jadi lepas ini selalulah isi minyak di Genting Sempah. Lebih jimat. Itu pun kalau tak di kira tol dan jarak perjalanan. Walau apa pun, iklan yang menarik..hehe Selamat Hari Raya

Tibanya Bulan Ramadhan

Imej
Alhamdulillah, hari ini sudah selesai 1 hari berpuasa. Ramai umat Islam gembira dengan tibanya bulan Ramadhan. Ada yang gembira sebab mereka boleh berniaga dan untung besar di bazar-bazar Ramadhan. Ada pula seronok membeli juadah-juadah makanan untuk berbuka yang mengecur air liur bila melihatnya. Ramai juga yang berbuka di hotel-hotel dengan kepelbagaian makanan yang boleh dipilih tanpa had, pasti ramai yang tergoda. Lagipun banyak tawaran bufet Ramadhan disekitar Kuala Lumpur ini. Tapi jangan pula lupa bahawa puasa itu adalah bulan di mana kita mendidik jiwa, nafsu dan iman kita untuk tunduk kepada yang Esa. Caranya dengan mengingati Allah, menahan bukan sahaja dengan perkara yang membatalkan puasa, malah dengan perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa kita. Melihat betapa terujanya umat islam ketika tiba waktu petang untuk membeli juadah berbuka, tetapi sayangnya ianya terbalik ketika di tempat kerja. LESU, LAYU, LENA dan LEMAH. Amat dikesalkan perkara ini berlaku dika

Kenduri, Mee Bandung dan Kasut Hilang..

Imej
Lama juga saya tak menulis, disebabkan kesibukan untuk persediaan pembentangan di seminar tidak lama lagi. Kali ini, saya ingin menulis tentang perjalanan kami ke Batu Pahat, Johor. Dari Kuala Lumpur menyusuri PLUS memang cepat. Lebih kurang 3 jam sahaja sudah sampai. Jadi saya, Naim dan Shimi bergerak dari Ampang jam 11.00 pagi menaiki kereta Naim. Kemudian singgah ke Bangi mengambil Zhafran. Maka kami meneruskan perjalanan. Oh ya, tujuannya adalah menghadiri kenduri kahwin kawan sekolah kami dahulu di MRSM, Saudara Taufiq atau biasa dipanggil Maula. Perjalanan di lebuh raya hanya sampai di susur keluar Tangkak, kawan kami Najib menunggu di Muar untuk bergerak sekali ke kenduri. Kami tiba di Sungai Abong Muar jam 1.00 petang. Disebabkan Zohor pun dah masuk, kami singgah lah solat berjemaah di Masjid. Al-kisahnya, selesai solat, kasut saya sudah tiada. Emm tak terkata dibuatnya sebabkan baru dua kali memakainya. Memang ada rasa tidak sedap hati semasa awal-awal lagi, jadi dialihkan kas

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Imej
Ahad lepas, saya dengan tunang saya mencuba sarapan di sebuah gerai di Seri Petaling. Dekat-dekat dengan Bukit Jalil tu. Hari tu nak hantar tunang saya ke Pudu sebab dia nak balik Perak dah, jadi kami pun sarapan lah dulu. Hari sebelum tu saya dah pergi sorang-soarang lah, tapi ramai Ya Rabbi, dah la hujan, so kerusi meja yang diluar tak boleh pakai lah. ~ Orang ramai sedang memilih lauk nasi lemak~ Em yang best, ada nasi lemak pelbagai lauk, sedap jugak terutama sambal dia, manis-manis pedas. Roti canai pun ada, kuih muih dan lontong. Kawasan dia kecil sahaja tapi ramai orang dari pelbagai kaum, mahal jemaah tabligh pun ramai (kebetulan dekat dengan masjid pusat tabligh). Kalau mahu cuba, boleh lah pergi ke Sri Petaling, berhadapan dengan Hotel Sri Petaling. Siapa yang tahu Carefour berdekatan stadium Bukit Jalil tu, kena masuk dalam sikit lah. Dekat dengan lebuhraya Kesas. ~ Nasi lemak lauk ayam merah (saya punya). ~Nasi Lemak lauk sambal kerang ~Sedap betul makan sampai comot-comot

Tahniah buat Fattah dan Siti Nadilah

Imej
Hari sabtu yang lepas saya, Karok, Chuban dan Aifa bergerak ke Manjung, Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan Fattah dan Siti Nadilah. Asalnya rancang pergi dengan Naim, tapi perancangan berubah sebab Naim kena pergi ke MRSM Kubang Pasu pada hari Jumaat untuk melawat adik dia, maka dia akan bergerak terus dari Kedah ke Manjung. Pukul 9.30 saya dah ada di Summit Subang bersama Karok, sempat juga lah sarapan sementara tunggu Chuban dengan Aifa. Jam 10.30 pagi kami bergerak menaiki dua kereta, terus melalui Kelana Jaya - USJ Link ke NKVE seterusnya ke PLUS. Perjalanan di lebuhraya semuanya lancar, kenderaan tak banyak pun. Lebih kurang pukul 12.00 kami sampai ke susur keluar Bidor. Masih ada lebih kurang 100km untuk sampai ke Manjung. Agak risau juga, sebab tak pernah pergi ke Manjung, harap-harap tak sesat lah. Terima kasih kepada Mahirah sebab bagi penunjuk jalan. Lebih kurang 2 jam melalui jalan kampung, melintasi pekan Teluk Intan, akhirnya sampai juga di Manjung. Agak mudah menca