Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Membeli-belah di OneBabyWorld

Imej
    Selepas beberapa kali membelek laman web www.OneBabyWorld.com , akhirnya sampai juga ke kedai yang terletak di Taman Permata. Betul-betul di belakang Giant Taman Permata, di atas Old Town White Coffee (tingkat 3). Kalau dari lebuhraya MRR2, boleh nampak dengan jelas pasaraya Giant. Barang yang ingin dibeli, 'breast pump'. Sebelum ini, kami memang ada beli 'breast pump' yang manual jenama Pureen, tapi kurang berhasil. Melalui majalah Pa&Ma, banyak pilihan pam berserta set sekali. Setelah membelek beberapa kali, pam jenama Medela atau Spectra menjadi pilihan. Jadi bila pergi ke kedai, targetnya adalah kedua-dua jenama pam tersebut. Avent bagaimana? Huish...terlalu mahal dan diluar kemampuan. Selepas bertanya beberapa perkara dengan pekerja di situ, akhirnya Medela menjadi pilihan. Mini Electric pump yang mana boleh menggunakan bateri atau terus menggunakan plug.   Penuh satu beg. Jadi saya pun ambil pakej yang disediakan, dengan harga RM490

Menginsafi Perjalanan 39 Minggu

Imej
Selama ini, melihatkan ibu-ibu yang mengandung adalah perkara biasa yang menjadi fitrah kehidupan. Semestinya seorang lelaki tidak akan mengalaminya, walaupun setiap manusia kecuali Nabi Adam dan Hawa, keluar dari perut ibu masing-masing. Tetapi, melihat bagaimana isteri saya mengandung sungguh menginsafkan. Kini kandungan isteri sudah genap 39 minggu. Sering kali berlegar-legar di kepala, bagaimana mak ketika mengandungkan saya dahulu? Dengan tubuh mak yang kecil ditambah saizku yang besar, pasti sukar. Alhamdulillah, isteriku tidak mengalami masalah-masalah rumit selama 39 minggu ini. "Morning sickness" juga tidaklah sampai muntah-muntah. Cuma keletihan dan rasa pening-pening. Selepas melalui 3 bulan pertama atau dipanggil trimester 1, semuanya kembali seperti biasa. Tidak lagi pening-pening lalat di waktu pagi. Rasa-rasa loya juga berkurangan. Lega juga melihat selera isteri yang tidak berkurang sejak awal kehamilan, malah bertambah-tambah. Bersembang dengan rakan-r

Masjid Tuanku Mizan - Putrajaya

Imej
Malam ke 3 Ramadhan, dapat juga saya dan isteri bersolat Isyak dan terawih di masjid. Setelah 2 hari yang memenatkan, dengan isteri juga keletihan. Masjid yang juga digelar 'masjid besi' meriah dengan jemaah yang ramai. Walaupun agak panas kerana konsep masjid ini yang 'open air', maka penghawa dingin tidak digunakan. Di imamkan pula oleh seorang Hafiz yang sangat muda, lunak saja bacaannya. Patutlah tok siak ketika membuat pengumuman, menyebut adik Haji.... (lupa namanya). Cuma sayang, semalam Imam Jibrail datang mengimamkan solat terawih. Tidak sempat mendengar beliau mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Esok insyaallah, semoga dipermudahkan untuk berjemaah di masjid.

Selamat Datang Bulan Ramadhan

Imej
A lhamdulillah, masih dipanjangkan umurku untuk tiba ke bulan yang penuh barakah, bulan Ramadhan. Bulan yang dijanjikan dengan rahmat keampunan dari yang Esa, hadir sekali lagi untuk mendidik diri kita menjadi hamba Allah yang bertakwa. Lebih kurang 27 tahun sudah ku lalui bulan Ramadhan, tapi tidak diketahui adakah sempurna puasaku? Solatku? Bagaimana pula dengan ibadah lain? Mampukah diri ini bermujahadah melawan amarah yang membakar dalam diri ini? Moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan-Ramadhan yang lalu. Menjalani ibadah puasa bersama keluarga memang kebiasaan untuk tiap-tiap tahun, cuma ketika menuntut di UTM, acapkali berpuasa hampir 3/4 bulan di Johor. Jika bersama keluarga, berbuka beramai-ramai dengan juadah yang dimasak mak atau yang dibeli memenuhi meja makan. Abah dengan kuih lopez dan mertabaknya semestinya menu wajib hampir setiap hari. Kemudian bersama-sama ke masjid menunaikan solat tarawih. Sahur pula, seawal jam 5 pagi mak bangkit menyediakan juadah, se

Malaysia Layak Ke Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia

Imej
Bola sepak Malaysia kembali meriah dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh pasukan negara. Dimulakan dengan kejayaan pasukan Olimpik Bawah 23 tahun negara melayakkan diri ke pusingan akhir kelayakan Olimpik peringkat Asia. Kejayaan menewaskan Pakistan pada pusingan pertama dan kemenangan menewaskan Lubnan di pusingan kedua melayakkan Malaysia berada dalam kelompok 16 pasukan terbaik Asia. Terbaru, pasukan Harimau Malaya berjaya layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 setelah seri dengan aggreget 4 – 4 ketika bertemu Taiwan. Malaysia layak atas jaringan tempat lawan. Banyak yang diperkatakan oleh peminat mengenai prestasi pasukan Malaysia ketika ini. Bagi saya, mereka bermain dengan baik, tetapi beberapa kesilapan dan kealpaan pemain menyebabkan Malaysia berada dalam keadaan tertekan ketika perlawanan timbal balik menentang Taiwan tempoh hari. Kelibat penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali tidak kelihatan akibat kecederaan yang menimpa. Malah, rakan dibahagian s

Trip ke Medan - Keindahan Danau Toba

Imej
Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi waktu tempatan. Waktu untuk solat Subuh. Langsir di kuak melihat suasana dari jendela bilik, masih gelap. Hanya kelihatan lampu-lampu dari rumah peranginan berdekatan. Di kala ini bersamaan jam 6.30 pagi waktu Malaysia. Usai solat Subuh, saya kembali melabuhkan badan untuk lelap seketika. Handphone disetkan ke pukul 7.30 pagi untuk sarapan. Tepat jam 7.30 pagi, alarm berbunyi mendendangkan lagunya. Terus saya mengambil kamera dan keluar dari bilik. Subhanallah, cantiknya pemandangan di Danau Toba. Udara yang segar dengan air tasik biru beralun tenang membuatkan kepenatan perjalanan semalam hilang begitu saja. Terus beberapa keping gambar ditangkap sebagai kenang-kenangan. Entah bila lagi akan sampai di sini, jadi kesempatan yang ada inilah digunakan sebaik-baiknya. Saya dan isteri berehat di hadapan bilik menikmati pemandangan pagi. Kelihatan feri dan bot sudah memulakan operasinya. Pemandangan Parapat dari bilik Melihatkan jam hampir pukul 8.

Trip ke Medan - Perjalanan Yang Panjang

Imej
Salam. Setelah hampir 3 minggu barulah saya berkesempatan menulis di blog. Memang banyak perkara yang ingin dicoretkan, apakan daya masa tidak mengizinkan. Perjalanan saya pada awal bulan April bersama isteri ke Medan, Pulau Sumatera Indonesia. 'Honeymoon kedua' buat kami. Tiket penerbangan Air Asia awal-awal lagi sudah dibeli ketika promosi yang dibuat Air Asia. Penerbangan dari lapangan terbang tambang murah LCCT ke lapangan terbang antarabangsa Polonia mengambil masa 40minit sahaja. Pemergian kami dengan perasaan yang gusar, di kala Jepun bergelut dengan kesan tsunami yang baru menimpa, terdapat khabar berita mengatakan akan berlaku gempa bumi di Indonesia. Selain itu, banjir melanda Kota Medan seminggu sebelum kami berangkat. Walaubagaimanapun kami bertekad untuk meneruskan juga percutian kami kali ini. Kami tiba lebih kurang jam 2.00 petang. Selepas melepaskan lelah dengan minum di kafe berhampiran, kami menaiki teksi ke Raja Taxi. Syarikat yang menyediakan pengangkutan k

Nasib Si Penunggang Motorsikal: Basah Di Hari Cerah

Imej
Salam, kali ini saya ingin ceritakan pengalaman yang baru sahaja berlaku Jumaat lepas. Seperti biasa, saya berulang-alik ke tempat kerja menunggang Honda Wave 125 yang mengambil masa 40 minit. Setelah pening menyiapkan borang bagi permohonan geran untuk Prof saya, tidak sedar yang jam menunjukkan 5.00 petang, maka saya pun bersiap untuk pulang. Cuaca agak redup tetapi tiada tanda-tanda hujan akan turun. Sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Persekutuan, Jalan Klang Lama, Jalan Puchong dan Lebuhraya Damansara-Puchong berjalan lancar. Setibanya di lampu isyarat pertama di Puchong Utama, lampu merah. Kelihatan paip Syabas pecah menyebabkan air bertakung merentasi jalan dihadapan. "Emm dalam juga air ni, basah seluar nanti" fikir saya sambil menyinsing seluar jeans samapi ke bawah lutut. Gear yang tadinya neutral, saya gerakkan ke gear 1. Terdapat sebuah motosikal Yamaha 135LC dinaiki 2 pemuda India dan sebuah motor lagi dibelakang (tak berapa jelas siapa). Lampu hijau menyala,

Berjalan ke Bandung - Part 3

Imej
Salam semua. Lama juga tergantung cerita ke Bandung ini. Jadi ini sambungan yang terakhir trip kami ke Bandung. Satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Pada yang ingin tahu permulaan cerita, bolehlah melusuri topik Berjalan ke Bandung - Part 1 dan Part 2 . Hari ke 3 iaitu hari terakhir bagi seminar, diadakan majlis penutup dan sesi bergambar. Semua acara tamat pada pukul 12.oo tengah hari, jadi kami berjalan balik sambil mencari kedai untuk makan tengah hari. Kebetulan Prof teringin makan ikan, jadi ada sebuah restaurant seafood di situ. Tempat menarik, cuma biasalah di tempat orang, pilihan menu sukar difahami. Selesai makan tengah hari, masing-masing pulang ke bilik. Semua kelihatan letih, jadi plan asal kami untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Bandung dibatalkan. Tetapi, saya rasa sangatlah rugi untuk hanya duduk dibilik. Maka saya bersiap-siap dan terus keluar. Persimpangan Jalan Dago Mulanya saya hanya berjalan melusuri Jalan Dago. Melintasi kawasan sekolah menengah tida