Catatan

Pengunaan Kerusi Khas Kanak-Kanak Satu Keperluan?

Imej
Telah tersebar berita mewajibkan kanak-kanak untuk duduk dikerusi khas ketika menaiki kenderaan. Semestinya berita ini mengemparkan ramai pihak. Ada yang bersetuju, dan ada pula yang membantah. Dikhabarkan, peraturan ini akan dilaksanakan pada tahun 2019. Relevankah untuk dilaksanakan di Malaysia? Reaksi Rakyat Malaysia Ramai yang telah pun menggunakan kerusi khas kanak-kanak dalam kenderaan masing-masing terutama mereka yang tinggal di bandar-bandar besar. Semestinya ia memudahkan terutama untuk ibu atau bapa yang perlu bergerak sendirian tanpa pasangan. Dengan itu, kerusi kanak-kanak tersebut membantu sedikit sebanyak supaya pemanduan lebih lancar. Namun ada juga yang enggan meletakkan anak masing-masing di kerusi kanak-kanak. Ada yang tidak tahan mendengar anak menangis. Tidak kurang juga yang mana tantrum anak yang tidak terkawal. Boleh rosak mood untuk pergi bekerja. Bagi saya, kita tidak boleh menuduh ibubapa tersebut sebagai cuai hanya kerana tidak meletakka...

Kenapa Orang Lain Tidak Mahu Berubah?

Imej
"Isteri aku ni selalu tak kemas rumah, bersepah je rumah bila aku balik kerja", ngomel amin kepada rakan sekerjanya. "Pelajar ni tak faham-faham. Penat kita ajar dalam kelas. Bila suruh buat latihan tak nak buat" Tidak Mahu Berubah Acap kali kita mengharapkan perubahan berlaku disekeliling kita. Semestinya perubahan tersebut menghala kepada kebaikan. Namun yang terjadi adalah sebaliknya. Tiada siapa yang berubah atau mahu melakukan perubahan. Keadaan ini mungkin berlaku di rumah, di tempat kerja atau di jalan raya. Si guru yang mahukan anak muridnya menjadi rajin. Anak murid mahukan cikgunya mengajar dengan lebih baik. Isteri yang mahukan suaminya berubah kepada rajin menolongnya di rumah. Suami pula mahukan isteri rajin di rumah. Pemimpin mahukan yang dipimpin meningkatkan prestasi. Yang dipimpin pula mahukan pemimpin mengambil berat kebajikannya. Jadi siapa yang patut berubah? Apa Tindakan Kita Manusia diberi akal fikiran untuk berfikir. Dengan akal ters...

Jom Kita Mulakan Larian

Imej
"Buang masa dan tenaga je kau masuk berlari sana sini" "Apa kau dapat bila join larian-larian ni? Sakit badan adalah" "Bosanlah berlari jauh-jauh ni" Mungkin ini yang banyak diperkatakan bila disebut berkenaan larian. Ya, bukan mudah sebenarnya tetapi ramai yang mampu lakukan. Jadi ia semestinya tidak mustahil. Program maraton dan sebagainya semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat Malaysia. Tidak pasti sama ada orang Malaysia semakin sedar untuk menjalani kehidupan yang sihat atau hanya trend semata-mata. Boleh Kurus Ke Kalau Berlari. Jawapan saya semestinya TIDAK. Kerana apa? Sebab untuk kurus perlu ada kombinasi pengawalan makanan, kawalan kalori dan juga senaman. Tetapi semestinya dengan berlari, kita bersenam dan membakar kalori. Yang penting adalah konsisten. Bukannya minggu ni berlari, rehat dua minggu. Alamatnya makin bertambahlah berat. Apa yang pasti, dengan berlari mampu meningkatkan kadar penyerapan...

Pemimpin Oh Pemimpin

Imej
Mempunyai pemimpin yang objektif dalam segenap keputusan sangat-sangat menyukarkan. Semuanya ikut buku walhal buku juga ciptaan manusia. Apabila terlalu terikat, maka hilanglah nilai kemanusiaan dalam setiap keputusan. Maka jadilah organisasi itu kaku dan lesu. Maka bolehlah diserahkan kepada robot-robot untuk membuat keputusan. Apa pentingnya 'musyawwarah' jika semua sudah diputuskan? Itukah yang kita cari? Sebagusnya, tidak perlu lagi mesyuarat berjam-jam. Semestinya itu tidak berlaku, kerana mesyuarat juga adalah aturan dari 'buku'.

Pahit Manis 2015

Imej
Assalamualaikum, Bertahun lamanya blog ni sunyi sepi. Baru sekarang terdetik kembali nak menulis. Tahun 2016, selepas pelbagai perkara berlaku di 2015. Januari 2015:- ditipu pemilik rumah Hujung 2014, tuan rumah di Apartment Anggerik yang kami sedang sewa telah menelefon. Bunyinya berat nak diluahkan, rupanya dia ingin masuk kembali ke rumah yang disewakan kat kami. Jadi, kami kena keluar sebelum Februari 2015. Masalahnya, rumah yang aku beli masih belum siap dan sewa masa sekarang ni tersangatlah mahal (masa ni kami sewa dalam RM 400 sebulan sahaja). Pada mulanya, kami jumpa rumah sewa di Semarak 2, Nilai dan berjaya di"booked". Kira dekatlah nak pergi USIM. Tapi pada saat-saat akhir terpaksa dibatalkan sebab orang yang menyewa di Semarak tu tak nak keluar. Jadi, kami terpaksa cari rumah yang lain dan jumpa juga di Semarak. Lepas deposit dibayar, tiba-tiba dia tidak dapat dihubungi. setelah beberapa hari mencuba, memang sah aku kena tipu. Masa tu tinggal sebul...

My new gear - LUMIX DF6

Imej
Assalamualaikum. Lama tidak menulis ni. Almaklumlah, musim kesibukan melampau. Selain kuliah, kena anjurkan program, lagi-lagi program besar macam i-Inova. Alhamdulillah dah selesai. Kini ada dua program lagi tinggal untuk dibereskan. My LUMIX GF6 My new gear? Biasanya kalau kamera ni orang gelarkan gear. Tapi tak pasti kenapa. Kebetulan, masa belikan hadiah untuk cik isteri, terfikir nak cari kamera. Selepas kaji punya kaji, akhirnya terjumpalah kamera ni, LUMIX DF6 mirrorless interchangeable lens. Saya tak berapa minat dengan DSLR, tapi nakkan yang lebih 'advance' dari kamera kompak, jadi mirrorless camera yang menjadi pilihan. Ciri-ciri seperti DSLR walaupun sensornya kecil sedikit berbanding DSLR, tetapi lensa yang digunakan itu boleh ditukar-tukar. Bezanya dengan DSLR, tiada tetingkap untuk menangkap gambar, jadi boleh ditangkap dari skrin LCD sahaja. Sesuai untuk amatur tetapi mahukan lebih kuasa dan kawalan. Mirror inilah yang tiada pada GF6 dan kamera ...

Persidangan, berehat, bercuti, kerja dan...

Empat hari persidangan hampir sahaja ke penghujung. Kesejukan Awana Genting Highland ni yang membuatkan rasa macam malasnya nak balik. Tapi rindu la kat dua orang 'gegirl' kat rumah. Pembentangan pun dah selesai petang tadi. Seperti biasa, habis awal dari masa yang ditetapkan. Belum sempat penjaga masa nak tekan loceng, aku berhenti dah. International Meeting Frontier Physics, yang menarik konferen kali ini, ramai pembentang jemputan dari pelbagai negara yang datang berkongsi penyelidikan masing-masing. Walaubagaimanapun tak ramai peserta pembentangan yang hadir. Berbaloi juga duduk 4 hari di sini, selain dapat melegakan kepala dari kerja-kerja yang tak pernah habis di pejabat, sempat juga membaca jurnal-jurnal, sempat juga siapkan paper untuk dihantar. Tapi rasa rugi sebab tak bawa isteri dan anak sekali. Tak apalah, lain kali boleh la bawa jalan-jalan kat sini. Harga hotel di Awana ni memang mahal. Untuk bari biasa, harga lebih dari RM300. Malah penganjur konferen pun hany...